5 Tips Mudah Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

5 Tips Mudah Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Posted by

Pernahkah anda berasa sangat lemau dan tidak bertenaga ketika di tempat kerja? Anda kerap rasa mengantuk dan tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hal ini mungkin terjadi disebabkan pengurusan masa tidur yang tidak betul dan menghadapi pelbagai tekanan hidup.

Sekiranya situasi ini dibiarkan begitu sahaja, ia akan menjejaskan prestasi dan produktiviti anda serta boleh mengganggu jadual kerja dan menyebabkan banyak kerja tertangguh. 

Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, kami kongsikan kepada anda 5 tips mudah kekal bersemangat di tempat kerja. 

1. Mulakan pagi dengan berfikiran positif dan berikan senyuman

Tips Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Berfikiran positif dapat merangsang otak dan emosi agar sentiasa tenang dan bersyukur. Jadi, disarankan untuk mulakan pagi dengan berfikiran positif dan ukirkan senyuman kerana ia memberi impak dalam kehidupan seharian anda. 

Artikel berkaitan: Membudaya pemikiran positif

2. Menjaga hubungan dengan rakan sekerja

Tips Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Menjaga hubungan sesama rakan sekerja dan majikan akan membantu kestabilan emosi anda sekaligus membantu mengekalkan motivasi ketika di tempat kerja.

Anda juga boleh cuba berbual dan bergurau senda dengan rakan sekerja kerana ia merupakan elemen magis yang bukan sahaja membantu untuk merapatkan hubungan sesama manusia malah dapat mengurangkan rasa mengantuk dan tidak produktif di tempat kerja. 

3. Susun jadual kerja harian

5 Tips Mudah Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Jadual kerja harian membantu untuk anda sentiasa berdisiplin dan patuh dengan deadlinePengurusan masa yang baik akan menjadikan anda lebih menepati masa, berdisiplin dan mengutamakan perkara-perkara yang penting.

4. Jaga pemakanan

5 Tips Mudah Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Pemakanan yang seimbang membantu anda untuk mengawal emosi dan kekal bermotivasi di tempat kerja. Kajian menyatakan bahawa, makanan yang tinggi nilai indeks glisemik boleh mencetuskan simptom kemurungan dan juga keletihan. Antara contoh makanan yang mempunyai nilai glisemik yang tinggi adalah kek, roti putih, minuman soda dan biskut. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya seperti sayuran dan buah-buahan. 

5. Membuat regangan atau berjalan-jalan sebentar.

5 Tips Mudah Kekal Bersemangat Di Tempat Kerja

Apabila anda mula berasa lesu dan tidak bersemangat, anda boleh luangkan 3 hingga 5 minit untuk melakukan regangan. Ia mampu memberikan tenaga dan meringankan ketegangan otot dan mencergaskan otak. Regangan ini juga boleh membantu mengawal emosi dan mampu menurunkan kadar stres di tempat kerja.

Anda juga boleh bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sebentar. Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua boleh menjana pengaliran darah.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Contoh Kerjaya dalam Bidang Penulisan
  2. Bekerja Dari Rumah : Bagaimana Majikan Awasi Pekerja?
  3. Kenapa Proses Pengambilan Kerja Mengambil Masa Lama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *