Mana Yang Lebih Penting: CGPA Atau Skill?

Mana Yang Lebih Penting: CGPA Atau Skill?

Posted by

Ramai yang masih mempersoalkan mana yang lebih penting, CGPA atau skill. Sebenarnya, kedua-duanya adalah penting dan mempunyai justifikasinya yang tersendiri. CGPA dan skill perlu bergerak selari supaya mudah untuk anda mendapatkan kerja yang diimpikan.

Kenapa CGPA penting?

Mana Yang Lebih Penting: CGPA Atau Skill?

CGPA adalah sangat penting dalam sesetengah industri contohnya perubatan dan badan berkanun. Mereka akan mengutamakan CGPA terlebih dahulu semasa penapisan calon. 

CGPA akan diletakkan dalam resume dan borang permohonan kerja anda. Sekiranya anda mempunyai CGPA yang cemerlang, peluang untuk anda mendapat kerja di syarikat yang anda inginkan semakin cerah. Tetapi, sekiranya anda gagal mencapai CGPA minimum, bakal majikan anda mungkin akan memberi impression yang negatif terhadap anda.

CGPA sangat penting terutamanya kepada entry level dan fresh graduate kerana ia akan menjadi first impression kepada majikan apabila anda memohon kerja nanti. Anda perlu cuba sehabis baik untuk pastikan CGPA anda cemerlang kerana anda sedang bersaing dengan ratusan pencari kerja yang mungkin mempunyai CGPA yang lebih baik daripada anda.

Oleh kerana anda tiada pengalaman bekerja, jadi anda perlu buktikan bahawa anda memiliki skill yang diperlukan oleh syarikat. Salah satunya adalah dengan memiliki keputusan CGPA cemerlang dan skill-skill yang berkaitan. Kesemua skill ini anda boleh dapati dengan menyertai aktivit-aktiviti sosial atau badan-badan kebajikan.

Kenapa skill penting?

Skill atau kemahiran membuktikan bahawa anda berkebolehan untuk melakukan tugasan dengan baik. Mempunyai CGPA yang tinggi tanpa sebarang skill tidak menjamin peluang pekerjaan di luar sana. Anda perlu kuasai soft skill dan hard skill agar anda mempunyai added value di syarikat tempat anda bekerja nanti. Ia juga akan membantu anda untuk terus maju dalam kerjaya dan bertahan dalam industri.

Skill terbahagi kepada dua iaitu soft skill dan hard skill. Soft skill adalah skill seperti komunikasi, pembentangan, cara mengurus emosi, cara mengurus masa dan sebagainya. Hard skill adalah skill teknikal seperti penggunaan software Adobe Photoshop, Excel dan lain-lain.

Artikel berkaitan: 7 Set Kemahiran Yang Dicari Majikan

Menurut Professor M.S. Rao, seorang International Leadership Guru,

“Your hard skills help you acquire employment and your soft skills help you ensure your employability. Hence, integrate hard and soft skills to fast-track your career.” 

Sekiranya anda mempunyai skill dalam bidang-bidang tertentu, anda perlu buktikan dengan karya seni (artwork) dan portfolio anda. Anda juga boleh buktikan melalui sijil-sijil yang berkaitan dengan skill anda. Buktikan bahawa skill anda diiktiraf oleh badan-badan tertentu. 

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Ikuti kami di semua platform media sosial untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *