Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Posted by

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang universal. Malah, penguasaan bahasa Inggeris adalah antara lima kemahiran utama yang diperlukan untuk diambil bekerja dan maju dalam kerjaya. Walau bagaimanapun, tidak semua orang fasih berbahasa Inggeris dan ini menyebabkan ramai pencari kerja gagal dan sukar mendapat pekerjaan yang diinginkan.

Jangan risau! Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 5 rahsia untuk anda kuasai bahasa Inggeris yang anda boleh praktikkan di rumah atau di mana-mana sahaja.

1. Dengar lagu atau podcast dalam bahasa Inggeris

Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara paling mudah dan menyeronokkan untuk belajar bahasa Inggeris adalah dengan mendengar lagu atau podcast di medium atau aplikasi seperti YouTube, Spotify dan sebagainya.

Pilih lagu Inggeris atau podcast kegemaran anda kemudian dengar berulang-ulang kali. Ia akan membantu untuk memperbaiki dan menambah kosa kata (vocabulary) Inggeris anda.

Artikel berkaitan: Cara Berbahasa Inggeris dengan Baik: 10 Tip Mudah untuk Kefasihan Luar Biasa

2. Tonton drama atau filem dalam bahasa Inggeris

Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Untuk anda yang gemar menonton drama atau filem luar negara di Netflix atau mana-mana platform streaming yang lain, anda sebenarnya boleh belajar Bahasa Inggeris dengan mudah.

Anda hanya perlu tonton filem Inggeris dan buka sari kata dalam Bahasa Inggeris juga. Dengan cara ini, anda boleh membaca sari kata tersebut sambil mempelajari kosa kata baru untuk memahirkan diri dengan bahasa tersebut.

3. Banyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris

Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Jadikan satu rutin untuk membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. Anda boleh mulakan dengan membaca ciapan di Twitter, kapsyen di laman Instagram atau TikTok, membaca buku, surat khabar atau majalah yang mempunyai kandungan ayat atau perkataan yang lebih ringan mengikut kemampuan diri anda.

4. Bergaul dan berkomunikasi dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris

Anda pastinya dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan, dan kenalan kerja yang fasih dan pandai berbahasa Inggeris. Cuba bergaul dengan mereka dengan cara bercakap atau berborak kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk anda pelajari tatabahasa dan frasa yang tepat.

Dengan teknik ini, ia akan menambah keyakinan dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat kerana anda tidak mempunyai pilihan lain untuk berkomunikasi dengan mereka selain dalam bahasa Inggeris.

5. Platform media sosial sebagai latihan setiap masa

Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Hampir setiap hari anda akan menghabiskan masa melayari media sosial untuk membuat perkongsian atau membaca berita-berita terkini. 

Anda boleh mula dengan menulis atau membaca kapsyen atau video bahasa Inggeris di platform media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook, TikTok dan sebagainya. Lama kelamaan anda akan mula menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris.

Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat Dan Berkesan

Kesimpulannya, menguasai bahasa Inggeris bukanlah satu perkara yang sukar. Anda hanya perlu konsisten dan yakin dengan diri sendiri.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *