Tanda-Tanda 'Green Flag' Dalam Sesebuah Syarikat

Tanda-Tanda ‘Green Flag’ Dalam Sesebuah Syarikat

Posted by

Green flag bermaksud bendera hijau. Istilah green flag dalam sesebuah syarikat bermaksud sesebuah syarikat itu mengamalkan budaya syarikat yang baik dan positif. Selain red flag dalam sesebuah syarikat, ia juga penting untuk anda ketahui tanda-tanda sesebuah syarikat yang baik atau green flag.

Green flag dalam sesebuah syarikat akan menjadikan anda seorang yang lebih positif dan bersemangat untuk bekerja di syarikat tersebut. 

Suasana dan budaya positif ini boleh terhasil melalui kerjasama antara pekerja dan juga pihak pengurusan syarikat. Dengan wujudnya budaya positif ini, maka terhasilnya budaya cemerlang dalam kalangan pekerja. 

Berikut adalah 5 tanda green flag dalam sesebuah syarikat.

1. Mempunyai pekerja senior yang kekal di syarikat melebihi dua tahun setengah

Tanda-Tanda 'Green Flag' Dalam Sesebuah Syarikat

Perolehan purata pekerjaan di Malaysia adalah 2 tahun setengah dan sekiranya ada pekerja yang berada di sesebuah syarikat lebih lama daripada itu, syarikat tersebut melakukan sesuatu yang baik untuk mengekalkan pekerjanya.

Artikel berkaitan: Perolehan Pekerja: Punca dan Strategi untuk Mengurangkannya

2. Gaji yang berbaloi dan memuaskan

Tanda-Tanda 'Green Flag' Dalam Sesebuah Syarikat

Sekiranya syarikat tempat anda bekerja menawarkan gaji yang setimpal dengan usaha yang anda berikan, syarikat tersebut terbukti adalah green flag. Bukan itu sahaja, bayaran gaji juga dibayar tepat pada waktunya.

Untuk pekerjaan yang memerlukan anda berjumpa dengan pelanggan, perkara-perkara seperti minyak, tol pergi dan balik perjalanan anda dibayar balik tanpa kerumitan oleh majikan.

Kenaikan gaji juga dilaksanakan sekurang-kurangnya satu hingga dua peratus berdasarkan kelulusan, kemahiran dan pengalaman anda.

3. Terbuka untuk berkongsi idea dan buah fikiran

Anda berasa selesa berkongsi pendapat dan idea kepada majikan kerana mereka terbuka menerima buah fikiran anda. Ini menandakan bahawa syarikat yang anda sedang bekerja sedia membantu mengoptimumkan kebolehan para pekerja mereka.

4. Dihargai, diberi penghargaan dan pengiktirafan

Tanda-Tanda 'Green Flag' Dalam Sesebuah Syarikat

Penghargaan dan pengiktirafan daripada seorang majikan sebenarnya akan merangsang pemikiran seseorang pekerja untuk mempercayai bahawa dirinya memiliki potensi dan kemampuan untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan syarikat.

Sekiranya syarikat tempat anda bekerja memberi penghargaan dan pengiktirafan dalam bentuk insentif dan ganjaran, bermakna syarikat tersebut adalah green flag

5. Dapat mengekalkan gaya hidup seimbang

Tanda-Tanda 'Green Flag' Dalam Sesebuah Syarikat

Green flag dalam sesebuah syarikat bermaksud pekerjaan yang anda lakukan tidak memberikan tekanan dan tidak mengganggu jadual hidup anda. Ia sekaligus memberi anda peluang untuk mengamalkan gaya hidup yang diingini.

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *