3 Tanda Anda Salah Pilih Laluan Kerjaya

3 Tanda Anda Salah Pilih Laluan Kerjaya

Posted by

Pemilihan laluan kerjaya yang tepat sangat penting kerana ia bukan sahaja akan menentukan masa hadapan anda malah ia juga akan mempengaruhi kesihatan mental dan ketenangan jiwa. 

Kami kongsikan 3 tanda-tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah.  

1. Kerap berasa tertekan ketika bekerja

3 Tanda Anda Salah Pilih Laluan Kerjaya

Anda akan berasa tertekan ketika melakukan kerja kerana diberi terlalu banyak tanggungjawab pada satu-satu masa dan semuanya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.

Tekanan ini akan menyebabkan anda sudah tidak berasa seronok dan gembira untuk melakukan tugasan dan lebih berasa seperti ‘terpaksa’.

Anda juga akan mula berasa malas dan tiada semangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

2. Mula memohon cuti dengan lebih kerap

Sekiranya anda memohon cuti sakit atas sebab bosan bekerja, ini merupakan tanda-tanda red flag bahawa anda tidak berminat dengan pekerjaan yang ada buat sekarang ini.

Anda akan menyimpan perasaan tidak puas hati di tempat kerja dan ini boleh menjejaskan kesihatan mental. Anda akan berasa terganggu dengan persekitaran kerja serta perangai bos dan mungkin juga perangai rakan sekerja. Ini boleh mewujudkan pemikiran negatif dalam diri dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja tidak produktif.

Artikel berkaitan: 5 tanda anda berada di career path yang salah

3. Mempersoalkan tujuan anda bekerja

3 Tanda Anda Salah Pilih Laluan Kerjaya

Walaupun anda sudah lama menceburi bidang yang anda buat sekarang ini, namun anda akan mula mempersoalkan tujuan anda bekerja. Anda akan mula rasa tiada perasaan dengan tugasan yang anda lakukan. Seolah-olah anda pergi ke tempat kerja hanya untuk dapatkan gaji bulanan. 

Setiap hari, anda akan pulang ke rumah dalam keadaan keletihan mental (mentally exhausted) dan mungkin berasa seperti anda tidak mencapai apa-apa.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *