Diberi peluang untuk bercuti panjang memang menyeronokkan lebih-lebih apabila dapat menghabiskan masa berkualiti bersama orang yang tersayang.
Namun, setelah bercuti untuk beberapa hari, pastinya hati terasa berat untuk kembali bekerja dan minda juga belum bersedia menggalas tanggungjawab di pejabat.
Jangan risau! Kami kongsikan 3 tips mudah untuk kembalikan mood bekerja selepas bercuti.
1. Ceritakan pengalaman bercuti bersama rakan sekerja
Anda boleh cuba untuk bersembang bersama rakan sekerja bagi mengeratkan lagi hubungan dengan mereka selepas bercuti beberapa hari.
Pastinya banyak yang boleh dikongsikan dengan rakan sekerja tentang percutiaan anda. Komunikasi di tempat kerja adalah penting dan berinteraksi dengan rakan sekerja boleh membantu anda kembalikan mood untuk bekerja.
2. Hias diri
Anda boleh berhias diri dengan berpakaian cantik ke pejabat. Ini bukan sahaja dapat memeriahkan suasana di pejabat malah dapat menjadikan hari anda lebih ceria tau dan menjadikan anda lebih semangat untuk menyiapkan tugasan.
3. Ambil masa untuk diri sendiri dan cuba untuk move on
Jangan cuba untuk selesaikan semua tugasan sekali gus, sebaiknya lakukan satu persatu mengikut kemampuan diri. Cuba untuk move on dari mood bercuti anda dan set kembali diri dalam mood bekerja.
Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com