Jangan Normalisasikan 5 Perkara Ini Di Tempat Kerja

Jangan Normalisasikan 5 Perkara Ini Di Tempat Kerja

Posted by

Normalisasi adalah proses menjadikan sesuatu yang agak asing dan luar biasa kepada tidak asing lagi hingga diterima umum. Proses ini sangat baik dalam keadaan tertentu tetapi bahaya dalam situasi lain terutamanya di tempat kerja.

Berikut kami kongsikan 5 perkara yang anda tak perlu normalisasi di tempat kerja walaupun disuruh majikan atau ketua anda. 

1. Kerja lebih masa

Jangan Normalisasikan 5 Perkara Ini Di Tempat Kerja

Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat waktu bekerja tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada hari cuti dan cuti umum. 

Anda bukan sahaja perlu bekerja lebih masa, malah majikan seolah-olah mahukan anda untuk bersedia dan membalas mesej beliau 24/7.

Bagi anda yang tak tahu, sebarang bentuk kerja yang dibuat selepas tamat waktu kerja dikira sebagai kerja lebih masa atau over-time dan anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan bayaran kerja lebih masa. Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa pekerja mempunyai hak untuk berehat dan majikan wajib menjaga privasi pekerja di luar waktu kerja. 

Artikel berkaitan: Hak Pekerja di Bawah Akta Kerja 1955 Ini Yang Lindungi Pekerja dari dibuli Majikan

2. Pengurusan mikro (micro management)

Pergurusan mikro bermaksud pengurusan yang berorientasikan individu atau pekerja. Majikan yang menggunakan cara ini gemar untuk memerhati dan mengawal anda dalam membuat tugasan.

Majikan akan semak progres dan kerja harian anda. Ini bermaksud anda akan kurang kebebasan dalam menentukan hala tuju kerja yang anda lakukan. Pengurusan jenis ini kebiasaannya sesuai untuk mereka yang kurang pengetahuan atau kurang permikiran kritis.

Penyebab berlakunya pengurusan mikro di tempat kerja adalah mungkin disebabkan kerana majikan tidak percayakan anda (trust issues).

3. Diskriminasi/stereotaip jantina

Jangan Normalisasikan 5 Perkara Ini Di Tempat Kerja

Menurut Akta Pekerjaan 1955, tidak boleh berlaku diskriminasi dalam pekerjaan sama ada dari sudut pengambilan pekerja, kenaikan pangkat mahupun peluang pembangunan kendiri hanya kerana perbezaan jantina. Namun di peringkat praktikal perkara ini sering berlaku.

Kesaksamaan jantina di Malaysia dilihat masih jauh untuk dicapai. Hingga kini masih terdapat diskriminasi jantina dalam kebanyakan sektor di Malaysia. Di alam pekerjaan, masih wujud diskriminasi jantina di tempat kerja.

Kaum lelaki lebih mempunyai peluang yang cerah dalam mendapatkan pekerjaan. Ada kalanya, gaji yang diterima kaum wanita terutamanya di sektor swasta adalah lebih rendah berbanding kaum lelaki yang menjalankan tugas yang sama.

4. Melihat kesibukan sebagai satu pengukur

Kesibukan di tempat kerja seolah-olah telah menjadi satu pengukur tahap produktiviti seseorang. Ia juga salah satu tanda bahawa anda ‘dicari’ dan ‘diminati’.  Walau bagaimanapun, kesibukan seseorang mempunyai dua kemungkinan. Pertama, anda benar-benar sibuk dan yang kedua anda hanya berpura-pura sibuk.

5. Melakukan kerja yang tidak termasuk di bawah skop kerja anda

Terdapat majikan yang akan mengeksploitasi pekerja mereka dengan menyuruh melakukan pelbagai jenis kerja yang bukan dalam bidang atau skop kerja anda dengan alasan ‘belajar skil baru’ atu ‘multitasking’ sehingga kerja-kerja utama anda tergendala. 

Jangan Normalisasikan 5 Perkara Ini Di Tempat Kerja

Walau bagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda sama ada anda ingin terus normalisasikan perkara-perkara ini ataupun ingin mencari peluang pekerjaan yang lain.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *