Cara Beritahu Calon Mereka Gagal Temu Duga Kerja

Cara Beritahu Calon Mereka Gagal Temu Duga Kerja

Posted by

Anda telah menerima beratus-ratus permohonan untuk jawatan kosong di syarikat anda. Anda juga telah mengadakan berpuluh-puluh sesi temu duga dan melihat pelbagai jenis resume dan portfolio. Tapi pada akhirnya, anda hanya boleh memilih satu orang sahaja untuk jawatan yang anda iklankan. 

Ini bermakna anda perlu menghubungi calon-calon yang lain untuk memberitahu mereka bahawa mereka gagal temu duga kerja itu.

Memberitahu calon bahawa mereka gagal temu duga kerja bukanlah sesuatu tindakan yang mudah. Tetapi ia adalah sangat penting untuk memberitahu calon tentang jawapan dan status permohonan mereka. Berikut kami kongsikan cara memberitahu calon bahawa mereka gagal temu duga kerja.

Kenapa anda perlu maklumkan kepada calon bahawa mereka gagal temu duga kerja

Walaupun calon temu duga telah menghantar permohonan, resume, cover letter dan mereka melepasi peringkat temu duga yang terakhir, anda perlu sentiasa memberitahu calon sekiranya mereka gagal mendapat jawatan tersebut. Membiarkan calon tanpa sebarang respon membuatkan mereka berasa seolah-olah usaha mereka tidak dihargai dan membuatkan mereka tertanya-tanya di mana silapnya.

Ia juga sebenarnya boleh merosakkan kredibiliti dan nama baik anda sebagai sebuah syarikat. Sekiranya anda tidak memberi respon atau jawapan kepada permohonan calon, mereka mungkin akan memberitahu rakan dan keluarga mereka tentang perkara tersebut dan seterusnya akan menyebabkan mereka tidak akan memohon sebarang jawatan di syarikat anda lagi.

Oleh itu, memberitahu calon tentang kegagalan mereka dalam temu duga bukan sahaja satu perkara yang penting bahkan ia juga adalah untuk menjaga nama baik syarikat anda.

Cara beritahu calon mereka gagal temu duga kerja

Memberitahu calon bahawa mereka gagal temu duga kerja bukanlah sesuatu tindakan yang mudah. Ia adalah satu perbualan yang sukar, terutamanya jika anda telah mengenali calon dengan lebih rapat selepas beberapa peringkat temu duga. Jadi, bagaimana anda ingin menyampaikan berita dengan cara yang empati dan tidak janggal? Berikut adalah beberapa teknik yang anda boleh cuba.

1. Berterima kasih untuk masa mereka

Menulis dan menyusun resume, portfolio, cover letter dan melalui beberapa peringkat temu duga telah mengambil banyak masa calon. Pastikan anda memberitahu calon bahawa anda menghargai masa dan usaha mereka.

2. Beri maklum balas

Dengan memberi maklum balas, anda sedikit sebanyak dapat membantu calon untuk menambah baik perkara-perkara yang menyebabkan mereka gagal temu duga kerja di syarikat anda.

3. Gunakan bahasa yang sesuai

Apabila anda reject calon temu duga, anda perlu berhati-hati dengan pemilihan ayat dan tatabahasa. Anda tidak mahu menyampaikannya dengan cara yang menyinggung perasaan mereka.

4. Menggalakkan mereka memohon jawatan lain

Memilih calon yang tepat untuk satu-satu jawatan boleh menjadi sangat sukar. Anda ingin hire mereka berdua tetapi malangnya, anda hanya boleh memilih seorang sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggalakkan mereka memohon jawatan lain di syarikat anda yang bersesuaian dengan mereka.

Pastikan ada rasa empati apabila anda reject calon temu duga

Reject calon temu duga bukan tindakan yang mudah. Dengan meluangkan masa untuk menulis e-mel atau membuat panggilan telefon kepada calon, anda masih boleh mencipta memori baik kepada calon di samping dapat menjaga nama baik syarikat.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda bersama kami.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *