4 Strategi Pilih Pekerja Yang Tepat Untuk Syarikat Anda

4 Strategi Pilih Pekerja Yang Tepat Untuk Syarikat Anda

Posted by

Proses pengambilan pekerja boleh menjadi sesuatu yang lama dan memenatkan. Anda perlu menyemak berpuluh-puluh resume dan menjalankan temu duga dengan harapan mendapat pekerja yang sesuai dengan keperluan syarikat.

Walau bagaimanapun, sesetengah calon yang paling layak atau paling sesuai berkemungkinan untuk memiliki sifat negatif atau toksik ketika sesi temu duga. Jadi, apakah cara terbaik untuk pilih pekerja yang tepat?

1. Ketahui harapan dan keinginan anda daripada pekerja

Sebelum memilih pekerja, anda perlu tahu apa yang anda inginkan daripada bakal pekerja anda. Pekerja anda boleh menjadi seseorang atau sekumpulan yang sukar untuk dikawal. Mereka mungkin mempunyai keinginan yang berbeza daripada anda.

2. Mempunyai jangkaan yang jelas

Pastikan anda mempunyai jangkaan yang jelas tentang jenis individu yang akan berkhidmat di syarikat anda. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pekerja. Ini termasuklah kemahiran, personaliti dan tahap motivasi yang tinggi.

3. Kenali bakal pekerja melalui portfolio

Minta calon untuk memberikan portfolio atau sampel kerja untuk mendapatkan idea yang lebih tepat tentang minat, kelebihan dan kredibiliti mereka.

4. Tahap ketersediaan

Tanya mereka tentang ketersediaan mereka dan jika mereka mempunyai sebarang had masa untuk bekerja dengan syarikat anda. Anda juga boleh bertanya adakah mereka boleh bekerja sewaktu cuti umum atau hari minggu.

4 Strategi Pilih Pekerja Yang Tepat Untuk Syarikat Anda

Kesimpulannya, penting untuk mempunyai proses pengambilan pekerja yang kukuh untuk mengelakkan pengambilan pekerja yang memiliki sifat toksik atau negatif. Pekerja yang baik akan membawa aura positif dalam syarikat anda.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter). Layari Jobstore.com untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda bersama kami.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *