Cara Jelaskan ‘Career Gap’ Ketika Memohon Kerja

Posted by
Career gap atau jurang kerjaya adalah satu tempoh di mana anda tidak mempunyai kerja hakiki walaupun sebelum ini anda pernah bekerja. Tempoh yang anda tidak bekerja selepas itu dipanggil career gap.
 
Career gap ini boleh terjadi selama beberapa bulan mahupun untuk beberapa tahun. Setiap orang mempunyai alasan tersendiri untuk berhenti bekerja termasuklah menjaga anak, burnout, ataupun mempunyai masalah-masalah yang lain. 
 
Career gap bukanlah sesuatu yang anda perlu sembunyikan daripada bakal majikan. Sebaliknya anda boleh jadikan ia sebagai kelebihan untuk ditonjolkan semasa temu duga nanti. Tetapi dengan syarat, semasa berlakunya career gap, anda perlu kekal produktif. 
 
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk jelaskan career gap ketika memohon kerja.
 
1. Tunjukkan bukti produktiviti anda
 
Dalam resume anda jangan dibiarkan kosong. Isikan dengan aktiviti-aktiviti yang anda buat sepanjang anda tidak bekerja. 

Sekiranya mempunyai bukti (seperti sijil penyertaan) bahawa anda telah mengikuti program atau kursus, sertakan sekali kerana ia boleh menjadi bukti bahawa anda bukan sekadar menghabiskan masa dengan sia-sia selama tidak bekerja. 

Ini menunjukkan anda bersedia untuk memberi komitmen di dalam kerjaya di samping memberi imej positif untuk resume anda.

Cara Jelaskan 'Career Gap' Ketika Memohon Kerja

2. Elakkan untuk terangkan secara terperinci

Ini bukan bermaksud anda perlu menipu tetapi elakkan menerangkan tempoh career gap anda secara terperinci kecuali apabila ditanya oleh penemuduga. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah atau terlalu bersifat peribadi.

Career gap mungkin berlaku atas faktor-faktor seperti:

  • Menjaga ibu bapa/anak-anak
  • Ditimpa sakit
  • Menjaga ahli keluarga yang sakit tenat seperti ibu bapa, suami isteri, dan anak-anak
  • Mencuba perniagaan
  • Cuti bersalin yang panjang kerana diri atau anak yang mempunyai komplikasi kesihatan yang serius
  • Cuti berlajar atau menyambung pengajian di dalam negeri mahupun luar negara
  • Diberhentikan kerja dan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan baru

Kesimpulannya, penting untuk anda nyatakan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang anda lakukan sepanjang tempoh career gap agar ia akan menampakkan walaupun anda tidak bekerja tetapi anda masih memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan dan pencerahan untuk anda tampil lebih yakin apabila memohon kerja nanti.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma!

Sumber: LinkedIn, EpiCareer


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *