Jangan Putus Asa! Ini Tips Untuk Tingkatkan Peluang Anda Nak Dapat Kerja

Jangan Putus Asa! Ini Tips Untuk Tingkatkan Peluang Anda Nak Dapat Kerja

Posted by
Kemurungan dan perasaan putus asa untuk mencari pekerjaan adalah benar terutamanya bagi mereka yang telah menghantar resume kepada berpuluh-puluh syarikat tetapi masih tidak mendapat sebarang panggilan temu duga. 
 
Jangan risau dan jangan putus asa! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 tips yang anda boleh praktikkan untuk tingkatkan peluang anda nak dapat kerja.
 
 
1. Rancang tindakan seterusnya selepas permohonan ditolak
Jangan Putus Asa! Ini Tips Untuk Tingkatkan Peluang Anda Nak Dapat Kerja
 
Pencari kerja sama ada yang berpengalaman ataupun baharu dinasihatkan untuk tidak berputus asa dalam memohon sesuatu pekerjaan sehingga anda berjaya ditempatkan dalam laluan kerjaya yang diinginkan. Apa sahaja keputusan yang menanti, rancang tindakan anda yang seterusnya. Ini termasuk mengenal pasti apakah kelemahan diri yang perlu ditambah baik. 
 

Daripada anda overthinking dan fikirkan tentang perkara yang telah berlaku, lebih baik anda fikirkan tentang bagaimana anda boleh belajar daripadanya.

2. Kekalkan perspektif
 
Fikirkan situasi atau perkara yang berlaku dengan cara yang bijak, munasabah dan realistik. Ia adalah tips untuk elakkan kemurungan untuk pencari kerja. 
 
3. Dapatkan pertolongan atau nasihat
 
Mempunyai seseorang untuk diajak berbincang atau meluahkan perasaan dalam tempoh pencarian kerja yang melelahkan ini akan memberi sokongan emosi yang sangat diperlukan.
 
Hubungi rakan, ahli keluarga atau orang yang anda percaya dan luahkan tentang perasaan dan masalah anda. 
 
4. Semak semula impian dan laluan kerjaya anda
 
Sekiranya sudah berbulan-bulan atau bertahun-tahun tetapi anda masih tidak ada perkembangan positif dalam pencarian kerja, sudah tiba masanya untuk anda nilai semula impian dan laluan kerjaya anda. Tanya diri sendiri sama ada anda berada di laluan kerjaya yang betul atau tidak.

Berada dalam laluan kerjaya yang salah akan menyebabkan anda berputus asa dan terlepas daripada peluang pekerjaan yang selayaknya untuk anda. 

Artikel berkaitan: 3 Tanda Anda Salah Pilih Laluan Kerjaya

5. Berehat
Jangan Putus Asa! Ini Tips Untuk Tingkatkan Peluang Anda Nak Dapat Kerja
 
Tidak dinafikan, mencari kerja akan menyebabkan anda murung, sedih, kecewa dan sebagainya. Ambil masa dan ruang untuk diri sendiri. Amalkan penjagaan diri yang baik seperti pengamalan diet yang sihat dan tidur yang cukup. 
 
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan dan semangat baru untuk memohon kerjaya idaman anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *