Malah dengan teknologi moden kini, muzik boleh diakses dan distrim di pelbagai platform pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Mendengar muzik secara tidak langsung akan menjadikan anda lebih gembira. Apabila anda gembira, hormon pada saluran darah akan berkembang dan meningkatkan peredaran darah serta kesihatan kardiovaskular.
Mendengar muzik dengan tempo perlahan dan lagu instrumental dapat mengubah mood terutamanya apabila individu itu terlalu tertekan atau sakit.
3. Membantu memulihkan insomnia
Menurut National Sleep Foundation, mendengar muzik sebelum tidur dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih pantas. Selain itu, mendengar muzik juga membantu mengurangkan rasa berjaga pada waktu malam. Terdapat juga kajian yang mendapati mereka yang mendengar muzik klasik atau menenangkan sejam sebelum tidur mampu memulihkan insomnia berbanding mereka yang membaca buku atau tidak membuat apa-apa sebelum tidur.
4. Merawat kemurungan
Menurut artikel dari British Journal of Psychiatry dan American Physiological Association, bermain alat muzik adalah antara kaedah untuk merawat kemurungan. Ini kerana ia dapat memperbaiki kadar denyutan, pernafasan, tekanan darah dan turut memperbaiki koordinasi tubuh badan. Jika badan sihat dan terurus, anda dapat menangani masalah kemurungan dengan baik serta mampu melihat diri dari sudut yang lebih positif.
5. Meningkatkan kemahiran motor
Muzik sangat penting untuk meningkatkan fungsi otak dan kemahiran visual dan verbal terutamanya kanak-kanak yang melalui proses pembelajaran. Disebabkan itu, kanak-kanak disarankan untuk belajar dan bermain alat muzik seperti piano atau gitar pada usia muda untuk perkembangan otak dan minda yang cerdas.
6. Bermain alat muzik menajamkan minda
Menurut kajian Journal of Neuroscience, orang dewasa pertengahan usia yang banyak meluangkan masa bermain alat muzik ketika waktu muda memiliki minda yang mampu menangkap bunyi lebih pantas berbanding individu lain. Malah, muzik juga membantu individu untuk mempelajari dan mengingat kembali informasi dengan lebih efisien.
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang mempelajari muzik sejak kecil mempunyai IQ lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti lain.
7. Mengurangkan keletihan
Menurut penyelidik di Universiti Shanghai, muzik yang lebih santai didapati dapat membantu mengurangkan keletihan dan mengekalkan daya tahan otot seseorang yang melakukan pergerakan anggota badan secara berulang.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com