'Job Description Template' Untuk Jurusolek Artis

‘Job Description Template’ Untuk Jurusolek Artis

Posted by
Jurusolek Artis atau Makeup Artist adalah individu yang bertanggungjawab menyolek artis-artis bagi semua rancangan sama ada di dalam atau di luar studio/lokasi dan mendandan rambut mengikut rancangan yang telah ditetapkan (biasa/glamor/mengikut watak).
 
Job description template untuk Jurusolek Artis ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
 
Huraian kerja

Kami sedang mencari Jurusolek Artis yang akan membantu para artis kelihatan kemas dan cantik apabila muncul di hadapan TV, filem atau di hadapan audiens. 

Kami memerlukan Jurusolek Artis yang akan menerapkan kreativiti dan ketangkasan dalam menjadikan para artis kelihatan cantik dan bergaya! Anda perlu mempunyai latar belakang serta portfolio dalam media solek dan dandanan rambut. 

Tugas seorang Jurusolek Artis termasuklah

  • Memahami keperluan dari sudut visual dan teknikal
  • Menentukan bahan dan aplikasi yang betul mengikut pencahayaan, tetapan dll
  • Menggunakan solekan ringkas dan kompleks mengikut keperluan

Kemahiran yang diperlukan

  • Memahami keperluan dari sudut visual dan teknikal
  • Mahir menentukan bahan dan aplikasi yang betul mengikut pencahayaan, tetapan dll.
  • Mahir melakukan solekan ringkas dan kompleks mengikut keperluan
  • Mahir menggunakan prostetik FX untuk mencipta kesan khas yang diingini
  • Mahir melakukan gaya rambut yang sesuai untuk melengkapkan solekan
  • Membantu dalam menanggalkan solekan dan prostetik 
  • Boleh bekerjasama dengan ahli krew (pereka pakaian, pembantu produksi dll)
  • Bijak memilih bahan terbaik (kosmetik dan alatan) 
  • Bertanggungjawab membersih dan menyelenggara aplikator dan alatan solekan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai jurusolek
  • Mempunyai pengetahuan tentang teknik solekan dan dandanan rambut
  • Mempunyai pengalaman dalam prostetik dan kesan khas adalah satu kelebihan
  • Mempunyai pemahaman tentang teknikal pencahayaan, fotografi, gaya, dramatisasi dll
  • Memiliki keupayaan untuk mengimbangi kekangan kualiti dan belanjawan
  • Memahami peraturan kesihatan dan keselamatan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang hebat
  • Memiliki personaliti artistik dan ketangkasan secara manual
  • Peka dengan setiap perincian (attention to details)
  • Memiliki Diploma dari sekolah vokasional dalam kosmetologi, solekan atau pengajian yang berkaitan

Berapakah kadar gaji seorang Jurusolek Artis?

Purata gaji bulanan untuk Jurusolek Artis di Malaysia adalah antara RM 2,900 to RM 3,300.
 
Siarkan iklan huraian kerja Jurusolek Artis ini melalui Jobstore.com sekarang!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *