Majikan akan mencari pekerja yang mempunyai sikap ramah dan senang untuk bekerjasama. Sesiapa yang mempunyai personaliti yang bagus akan sentiasa lebih berjaya dengan apa sahaja yang mereka lakukan.
Kebiasaannya, pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi demi mencapai matlamat syarikat dan mengekalkan reputasi syarikat.
3. Integriti
Integriti adalah amalan bersikap jujur dan telus dalam menjaga nama baik syarikat daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan.
Tahap intergriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri. Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja-pekerja yang lain.
4. Kecekapan
Kecekapapan merupakan aspek terpenting dalam meraih kejayaan. Ia merupakan asas dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi. Ia termasuk kecekapan dalam melaksana dan menyelesaikan tugasan, mencari maklumat atau dalam mengendalikan masalah.
Ia juga merupakan keupayaan pekerja dalam menetapkan keutamaan dan membezakan tugas-tugas penting dan tidak penting dan bijak menguruskan masa.
5. Kecerdasan
Tahap kecerdasan perkerja boleh menyumbang lebih 60 peratus daripada produktiviti mereka. Kecerdasan yang dimaksudkan adalah keupayaan pekerja untuk menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas yang diberi dan menyelesaikan masalah.
Sifat ingin tahu dan banyak bertanya juga menonjolkan ciri kecerdasan dan bersifat aktif. Lebih banyak anda bertanya soalan dan mendengar jawapan, anda akan lebih banyak dan cepat belajar mengenai skop kerja/tugasan anda.
6. Keberanian
Keberanian bermaksud kesediaan untuk mengambil risiko, menerima cabaran, kesanggupan untuk menerima tugasan besar atau bahkan pekerjaan baru di mana terdapat tahap ketidakpastian yang tinggi dan kemungkinan untuk gagal.
Keberanian juga bermaksud kesanggupan untuk bersuara dan mengatakan dengan tepat dan jelas apa yang anda fikirkan tentang sesuatu situasi yang dihadapi di tempat kerja. Majikan mengagumi pekerja yang tidak takut untuk meluahkan perasaan dan mengutarakan pendapat mereka.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com