7 Jenis Rehat Yang Anda Perlu Tahu

7 Jenis Rehat Yang Anda Perlu Tahu

Posted by
Rehat yang cukup adalah penting bagi meningkatkan tahap produktiviti untuk meneruskan kehidupan seharian. Ramai yang memandang remeh dan meletakkan waktu rehat sebagai perkara yang tidak penting dalam kehidupan.
 
 
Sebenarnya, tidak cukup rehat boleh memberi kesan buruk termasuklah burnout, insomnia, keletihan dan lebih buruk jika ia membawa kepada masalah tekanan mental yang akhirnya mungkin membawa kepada kematian.
 

Berikut kami kongsikan tujuh jenis rehat yang anda perlu tahu agar kesihatan fizikal dan mental anda terjaga.

1. Rehat fizikal (physical rest)

7 Jenis Rehat Yang Anda Perlu Tahu

Rehat fizikal adalah rehat dari segi tubuh badan. Rehat fizikal boleh dibahagikan kepada dua iaitu pasif dan aktif.
 
Bagi rehat fizikal pasif, anda hanya perlu dapatkan tidur yang cukup iaitu tujuh jam sehari. Bagi anda yang sukar untuk tidur, bersenam pada siang hari boleh membantu anda untuk lebih mudah tidur pada watu malam. 
 
Manakala rehat fizikal aktif memerlukan anda untuk melakukan regangan otot atau berurut. Cara ini akan mengurangkan ketegangan otot yang mungkin berlaku kerana kesibukan anda. Anda juga boleh menggunakan kerusi ergonomik atau melakukan rawatan refleksologi bagi mengurangkan ketegangan otot.
 
2. Rehat emosi (emotional rest)
 
Rehat emosi memerlukan anda untuk meluangkan masa dengan orang yang membuatkan anda menjadi diri sendiri. Luahkan perasaan kepada keluarga atau rakan (yang sudi mendengar) secara berkala. Jangan simpan semua masalah sendiri.
 
Kebanyakan daripada anda mengalami burnout akibat terlalu menahan dan memendam emosi.  
 
3. Rehat mental (mental rest)
 
Sesetengah perkara mungkin memberi impak yang besar kepada kesihatan mental anda. Bagi membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi, anda hanya perlu senaraikan perkara yang anda ingin lakukan (to do list).
 
Anda juga perlu sentiasa berpegang kepada senarai semak (checklist) yang anda ingin selesaikan pada hari tersebut. Anda juga boleh cuba untuk journaling dan bermeditasi.
 
Dengan cara ini, ia boleh membantu mengurangkan bebanan kepada mental anda dan membuatkan anda kekal fokus.
 
4. Rehat sosial (social rest)
 
Rehat jenis ini memerlukan anda untuk menilai kembali setiap hubungan dengan orang sekeliling. Contohnya ahli keluarga, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya. Mungkin anda terlalu sibuk sehingga kurang masa bersama orang yang tersayang. Jadi, luangkan masa bersama mereka agar dapat mengembalikan keceriaan dan semangat anda. 
 
Anda juga perlu hadkan masa dengan orang yang selalu membuatkan anda hilang tenaga, semangat atau tidak ceria.
 
 5. Rehat spiritual (spiritual rest)
 
Apabila anda mula rasa kehilangan diri sendiri atau mula tertanya-tanya tentang tujuan hidup, anda boleh cuba untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti volunteering atau buat aktiviti-aktiviti yang buatkan anda rasa bahagia. 
 
6. Rehat kreatif (creative rest)
 
Kadangkala apabila anda terlalu banyak menggunakan otak untuk berfikir, ia akan jadi lesu. Jadi, untuk mendapatkan rehat kreatif, anda boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan otak seperti meneroka tempat baru, berjalan-jalan di taman, bercuti dan sebagainya. 
 
7. Rehat deria (sensory rest)
 
Anda memerlukan rehat deria apabila anda mula berasa letih untuk menghadap komputer, telefon mahupun skrin TV.
 
Apa yang anda perlu lakukan adalah, letakkan semua gajet-gajet anda pada mod senyap dan letakkan ia jauh daripada anda agar sukar untuk dicapai. Kemudian rehatkan diri daripada melihat media sosial ataupun perkara-perkara yang memerlukan penggunaan elektronik. 
 
Kesimpulannya, anda perlu tahu jenis-jenis rehat yang anda perlukan agar anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *