Ini 5 Tanda Anda Perlu Cari Pekerja Baharu!

Ini 5 Tanda Anda Perlu Cari Pekerja Baharu!

Posted by

Bilakah waktu yang sesuai untuk para majikan di luar sana mencari atau hire pekerja baharu? Lima tanda ini adalah petunjuk yang pastinya dapat membantu para majikan. Jom baca sampai habis!

1. Bekerja lebih masa/terlalu banyak pekerja yang cuti sakit

Ini 5 Tanda Anda Perlu Cari Pekerja Baharu!

Sekiranya pekerja terbaik anda mula bekerja lebih masa, ramai pekerja anda yang cuti sakit, ramai pekerja yang mula datang lewat dan mengemukakan alasan-alasan yang tidak munasabah, ketahuilah bahawa sebenarnya mereka sedang mengalami simptom burnout atau terlalu overworked.

Ingat: Jangan merisikokan pekerja-pekerja anda. Kejayaan anda turut bergantung kepada pekerja-pekerja anda. Jangan terlalu membebankan mereka.

2. Jurang teknologi/kemahiran

Sebagai contoh, anda ingin bertanya lebih lanjut mengenai SEO, tetapi anda sedar bahawa anda tidak mempunyai pekerja yang mahir dalam bidang ini. Maksudnya di sini, anda perlu cari atau hire pekerja yang sesuai untuk memaksimumkan dan memimpin anda dalam bidang SEO.

3. Anda dapat projek besar

Projek besar ini pastinya akan menjana pendapatan yang lumayan untuk syarikat anda. Tetapi persoalannya, adakah anda mempunyai pekerja yang cukup untuk menguruskan projek besar ini? Siapakah yang akan mengendalikan beban kerja tambahan jika team anda sekarang ini tidak menang tangan dan sibuk dengan projek-projek lain?

4. Anda menolak peluang-peluang besar

Tiada perniagaan yang mahu menolak peluang besar, tetapi sekiranya anda mengambil terlalu banyak kerja/projek/klien sehingga mana-mana tiga tanda di atas berlaku pada syarikat anda, sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk tambah pekerja baharu.

Ingat: Jika anda menghabiskan lebih banyak masa ‘bekerja’ untuk syarikat daripada ‘mengembangkan’ syarikat, maka itu adalah salah satu tanda bahawa anda perlu hire pekerja baharu.

5. Anda melancarkan projek baharu

Ini 5 Tanda Anda Perlu Cari Pekerja Baharu!

Adakah anda sedang melancarkan projek baharu? Siapakah yang akan mengetuai projek baharu itu? Bagaimana dan siapa pekerja anda yang boleh atau akan mengendalikan beban kerja ini? 

Ingat: Menambah projek baharu bermaksud anda menambah kerja kepada pekerja yang sememangnya sibuk. Anda mungkin perlu menambah pekerja untuk membantu pekerja yang sedia ada. Jangan lihat pengambilan pekerja sebagai satu beban tetapi lihatlah ia sebagai peluang untuk syarikat anda berkembang.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *