Rahsia Yang Anda Perlu Tahu Ketika Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

Rahsia Yang Anda Perlu Tahu Ketika Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

Posted by

Tempoh percubaan atau probation period adalah tempoh masa yang digunakan oleh majikan untuk menilai kesesuaian dan kelayakan pekerja untuk bekerja di syarikat atau organisasi mereka. Lazimnya, tempoh percubaan adalah dalam jangka masa 3 ke 6 bulan atau 12 bulan dari tarikh lapor diri pekerja. 

Berikut kami kongsikan 4 rahsia yang anda perlu tahu ketika dalam tempoh percubaan bekerja.

1. Tempoh percubaan bekerja tidak disebut atau tidak ditakrifkan di dalam Akta Kerja 1955 mahupun Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 

Walaupun tidak ditakrifkan di dalam akta, tempoh percubaan untuk pekerja baharu tidaklah menjadi kesalahan malah pihak industri meletakkan amalan ini adalah amalan terbaik di dalam sesebuah syarikat.

Memang terdapat perbezaan teknikal antara pekerja tetap dengan pekerja yang masih dalam tempoh percubaan. Dengan kata mudahnya, pekerja baharu yang berada dalam tempoh percubaan perlu membuktikan kemampuannya menjalankan tugas seperti mana yang dikehendaki oleh majikan.

2. Majikan mempunyai hak sepenuhnya untuk menilai watak, kesesuaian dan kapasiti sebagai pekerja dalam tempoh percubaan. Sekiranya sepanjang tempoh percubaan didapati tidak sesuai, majikan boleh menamatkan perkhidmatannya mengikut syarat-syarat kontrak pekerjaan.

Artikel berkaitan:Boleh Ke Majikan Pecat Pekerja Yang Masih Dalam Tempoh Percubaan?

Kesesuaian di sini bukan hanya berdasarkan prestasi kerja tetapi juga kelakuan, tingkah laku dan sikapnya yang berkaitan dengan skop kerja yang dilakukannya. Prestasi kerja ketika dalam tempoh percubaan dinilai dalam 3 aspek iaitu pengetahuan, kemahiran organisasi dan kecekapan.

Rahsia Yang Anda Perlu Tahu Ketika Dalam Tempoh Percubaan Bekerja

3. Pekerja dalam tempoh percubaan wajib diberi hak sama rata seperti pekerja tetap yang lain. Mereka juga tidak boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab dan justifikasi yang jelas.

Majikan perlu memberi hak sama rata kepada pekerja tempoh percubaan sama seperti pekerja tetap yang lain seperti hak caruman KWSP dan SOCSO.

Pekerja tempoh percubaan mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dibawah seksyen 20 akta Perhubungan Perusahaan 1967 sekiranya dirasakan penamatan khidmat mereka tidak mempunyai justifikasi atau dalam bahasa undang-undangnya terminated without just cause.

Pekerja di dalam tempoh percubaan yang ditamatkan perkhidmatan dan dibuktikan penamatan itu tidak mempunya justifikasi layak mendapat pampasan sebagai ganti sebanyak jumlah gaji yang terakhir diterima semaksima 12 bulan ke belakang (tertakluk kepada mahkamah)

4. Setelah selesai tempoh percubaan, pekerja perlu meminta surat tawaran bekerja yang baharu. Ia adalah untuk menjelaskan status tempoh percubaan anda sama ada disambung atau ditamatkan.

Ramai yang beranggapan setelah tempoh percubaan mereka tamat, mereka secara automatiknya telah diterima bekerja. Namun begitu, ia tidaklah menjadi masalah utama jika majikan memberi pekerja tersebut hak yang sama seperti pekerja tetap yang lain. Tetapi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari, jangan sekali-kali abaikan dokumen penting ini!

Artikel berkaitan: Probation in Malaysia: What Happens if Your Employers Don’t Confirm You?

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda semua. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *