3 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Terima Kasih Kepada Pekerja Anda

3 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Terima Kasih Kepada Pekerja Anda

Posted by

Pekerja adalah tulang belakang kepada sesebuah syarikat atau organisasi. Oleh itu, anda sebagai majikan perlulah berterima kasih dan menunjukkan penghargaan atas kerja keras, dedikasi, dan sumbangan mereka.

Ia sebenarnya sangat penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif serta meningkatkan semangat dan produktiviti pekerja anda. 

Berikut kami kongsikan 3 cara mudah untuk tunjukkan rasa terima kasih kepada pekerja anda.

1. Perbincangan one on one dengan pekerja

3 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Terima Kasih Kepada Pekerja Anda

Mengadakan sesi perbincangan one on one dengan setiap pekerja anda adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk memberitahu mereka bahawa mereka penting kepada anda dan syarikat.

Luangkan sedikit masa untuk memberitahu pekerja-pekerja anda bahawa mereka telah banyak berjasa kepada anda dan syarikat kerana ia akan menggalakkan mereka untuk terus memberikan yang terbaik dan akan setia bersama dengan anda. 

Ini juga adalah peluang terbaik untuk mendapatkan maklum balas penting daripada team anda. Tanya mereka perkara-perkara yang mereka suka dan tidak suka tentang tugas mereka dan dengar cadangan penambahbaikan daripada mereka.

Dengan memberi peluang kepada team anda untuk berkongsi perasaan mereka, ia adalah sesuatu yang sangat bermakna dan pertemuan tersebut pastinya akan menjadi pengalaman yang menyenangkan dan produktif untuk anda dan pekerja anda.

2. Nota terima kasih

3 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Terima Kasih Kepada Pekerja Anda

Nota terima kasih adalah cara yang paling mudah dan manis untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada pekerja-pekerja anda. Anda boleh menulis di atas sticky notes dan tampalkannya di setiap meja. Anda juga boleh menulis pesanan melalui WhatsApp untuk menjadikannya lebih peribadi.

3. Beri mereka rehat/time off

3 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Terima Kasih Kepada Pekerja Anda

Mencari sedikit masa untuk beriadah atau berhibur sebagai satu pasukan akan membantu produktiviti keseluruhan team dan membantu mereka daripada burnout. Anda boleh cari aktiviti yang sesuai dengan jadual syarikat anda dan luangkan masa untuk mengenali pekerja-pekerja anda sebagai contoh mengadakan potluck, bermain badminton, futsal dan sebagainya.

Justeru, ucapan terima kasih sebenarnya sangat bermakna lebih daripada yang anda fikirkan lebih-lebih lagi sekiranya ucapan itu datangnya daripada seorang majikan. Ia juga boleh menjadi satu-satunya perkara yang menggembirakan pekerja anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *