5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Ketika Proses Pengambilan Pekerja

5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Ketika Proses Pengambilan Pekerja

Posted by
Proses pengambilan pekerja (hiring process) pastinya penuh dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh HR, perekrut dan pemilik perniagaan — perlu menilai calon temu duga, mencari calon yang berpotensi tinggi dan mencari calon yang sesuai untuk jawatan yang ditawarkan.
 
Walaupun setiap Hiring Manager boleh meletakkan checklist untuk pekerja yang mereka inginkan, namun cabaran pengambilan pekerja baharu adalah berbeza-beza bergantung pada jenis industri, jawatan dan pengalaman team yang menjalankan sesi temu duga.
 
Bagi mengelakkan kekusutan, berikut kami kongsikan lima kesilapan yang perlu dielakkan semasa proses pengambilan pekerja.
 
1. Penerangan kerja/skop kerja/huraian kerja yang tidak ditulis dengan tepat
 
5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Ketika Proses Pengambilan Pekerja
 
  • Ia bukan tentang kesalahan ejaan, tanda baca atau tatabahasa.
  • Apabila huraian kerja anda pendek dan tidak lengkap, ia akan melambatkan proses pengambilan pekerja dan akan menghalang anda daripada mencari calon yang berpotensi tinggi.
  • Calon yang memohon akan melihat kepada spesifikasi yang anda tawarkan sama ada ia berbaloi dan sesuai untuk mereka atau sebaliknya.
  • Jadi, luangkan masa untuk menerangkan secara terperinci – keperluan pekerjaan, tugas dan kelayakan untuk jawatan tersebut.
2. Penemuduga (interviewer) yang tidak bersedia
 
  • Anda (perekrut/Hiring Manager) atau team anda mungkin tidak bersedia untuk proses temu duga ini.
  • Persediaan temu duga adalah penting untuk menilai calon dengan lebih berkesan, menjaga nama baik syarikat dan memberikan calon pengalaman yang positif.
  • Ia melibatkan proses seperti merangka soalan, memahami calon, menyediakan respons dan pengurusan masa yang baik. Persediaan proses temu duga akan memudahkan proses pengambilan pekerja yang lebih baik.

3. Tingkah laku buruk penemuduga semasa perjumpaan dengan calon

  • Antara tingkah laku buruk yang berkemungkinan terjadi adalah multitasking semasa temu duga, menjawab panggilan telefon yang tidak penting, tidak mendengar pendapat dan pandangan calon, bercakap sepanjang temu duga atau tidak memberi masa untuk calon bertanyakan soalan.
  • Atau mungkin juga penemuduga langsung tidak hadirkan diri.
4. Tidak beri maklum balas kepada calon
 
  • Kami faham bahawa jumlah permohonan yang banyak menjadikan anda tidak menang tangan untuk memberi respons kepada semua calon yang hadir temu duga.
  • Tetapi sebenarnya jika anda menemuduga seseorang sama ada melalui telefon atau bersemuka, mereka patut diberi maklum balas.
  • E-mel pendek, panggilan telefon atau mesej ringkas juga sudah memadai.

Artikel berkaitan: 4 Rahsia Tingkatkan Pengambilan Pekerja Untuk Syarikat Atau Organisasi

5. Memberi layanan double standard

5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Ketika Proses Pengambilan Pekerja

  • Adakah anda melayan calon temu duga dengan double standard? (melihat status atau penampilan luaran calon).
  • Adakah anda menunjukkan rasa tidak hormat kepada mereka dengan hadir lewat untuk temu duga, atau bertanya soalan yang tidak perlu (dan kadangkala mengelirukan) atau tidak memberi masa untuk mereka bertanyakan soalan?
Kesimpulannya, anda sebagai seorang majikan perlulah menunjukkan tingkah laku dan adab yang baik terutamanya ketika sedang menemuduga calon untuk bekerja di syarikat anda. Dengan memberi layanan yang baik kepada calon, secara tidak langsung mereka akan mempunyai persepsi positif terhadap syarikat anda, walaupun mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka mohon itu.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *