Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

Posted by

Sakit kepala (migrain) adalah rasa nyeri pada bahagian kepala yang sakitnya menyebar ke sebahagian atau seluruh kepala. Keadaan ini biasanya terjadi secara tiba-tiba atau perlahan-lahan dengan rasa sakitnya merebak secara bertahap.

Sakit kepala boleh menyebabkan aktiviti harian anda terganggu dan menjadikan anda tidak fokus. 

Elakkan pengambilan tujuh makanan ini yang boleh menyebabkan sakit kepala anda semakin teruk!

1. Kafein

Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Migrain

Pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang teruk! Jadi untuk anda yang ‘tidak boleh hidup tanpa kafein’, hadkan pengambilan kafein anda untuk 200-300 miligram (2-3 cawan kopi) sehari.

Ini kerana, berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Artikel berkaitan: Kafein Itu Apa?

2. Coklat

Coklat sebenarnya adalah punca kepada berlakunya sakit kepala. Namun terdapat beberapa kajian mengatakan bahawa coklat tidak boleh menyebabkan sakit kepala malah mungkin membantu mencegahnya.

Tetapi, disebabkan coklat mengandungi kafein dan beta-phenylethylamine, ia mungkin menjadi penyebab sakit kepala kepada sesetengah individu.

3. Pemanis tiruan (artificial sweetener)

Pemanis tiruan adalah alternatif untuk mereka yang mengalami diabetes atau yang berhasrat ingin menguruskan badan. 

Walau bagaimanapun menurut kajian, ‘Aspartame’ yang merupakan kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.

Kebanyakan makanan segera atau makanan diproses juga mengandungi pemanis tiruan antaranya adalah diet soda.

4. Monosodium Glutamate (MSG) & Pengawet

Sesetengah penyelidik percaya bahawa MSG adalah punca pencetus sakit kepala.

Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca berlakunya sakit kepala.

5. Daging yang diproses

Daging mengandungi nitrat yang dikaitkan dengan sakit kepala. Sekiranya anda tidak mahu mengalami sakit kepala, elakkan makan hot dog, sosej, sardin, hati ayam dan makanan lain yang berkaitan.

Elakkan juga pengambilan daging yang telah diproses seperti makanan segera.

6. Tyramine

Tyramine merupakan sejenis bahan semula jadi yang terdapat dalam sebahagian makanan. Pengambilan Tyramine yang berlebihan akan menyebabkan sakit kepala bertambah teruk. 

Antara makanan yang tinggi Tyramine adalah 

  • Makanan yang diawet dan dijeruk (cencaluk, belacan, kimchi, jeruk dll.)
  • Makanan proses tinggi garam dan perasa (nugget, sosej, salami, smoked salmon/duck dll.)
  • Keju lama (aged cheese) yang mempunyai bau yang kuat
  • Kicap cair masin, perasa miso, sos teriyaki
  • Semua jenis kekacang (kacang tanah, kacang parang, kacang kuda, badam, mentega kacang dll.)  
  • Minuman beralkohol
  • MSG

7. Makanan masin

Garam yang berlebihan dalam makanan akan menaikkan tekanan dalam darah dan akan menyebabkan migrain atau sakit kepala. 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan untuk anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *