'Job Description Template' Pereka Web

‘Job Description Template’ Pereka Web

Posted by

Pereka Web atau Web Designer adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk mencipta reka bentuk dan susun atur website atau web pages. 

Berbeza daripada Web Developer yang pakar dalam mencipta struktur website baharu dan kod yang membentuknya, Pereka Web lebih tertumpu pada aspek visual site, seperti layout dan kebolehgunaannya (usability).

Job description template untuk Pereka Web ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pereka Web yang berbakat untuk mencipta pengalaman pengguna yang menakjubkan. Calon yang ideal perlu mempunyai minat dalam reka bentuk web. Mereka juga perlu mempunyai kemahiran user-interface design skills yang baik.

Tugas seorang Pereka Web termasuklah:

  • Melaksanakan semua peringkat reka bentuk visual bermula dari awal hingga akhir  
  • Mengkonsepkan idea reka bentuk original website yang mesra pengguna dan simple
  • Membuat wireframe, storyboards, user flows, process flows dan sitemaps untuk menyampaikan interaksi dan idea reka bentuk
  • Membentangkan reka bentuk dan hasil utama kepada individu yang berkepentingan
  • Mewujudkan dan mempromosikan garis panduan reka bentuk dan piawaian

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Pereka Web
  • Mempunyai kemahiran reka bentuk grafik – disertakan dalam portfolio
  • Mempunyai pengalaman dalam mencipta wireframe, storyboards, user flows, process flows dan sitemaps 
  • Memiliki kemahiran dalam Photoshop, Illustrator atau reka bentuk visual lain dan wire-framing tools
  • Kemahiran dalam HTML, CSS dan JavaScript untuk rapid prototyping
  • Memiliki kemahiran reka bentuk visual yang sangat baik dengan kepekaan terhadap interaksi sistem pengguna
  • Boleh menyelesaikan masalah secara kreatif dan berkesan
  • Up-to-date dengan latest web trends, teknik dan teknologi 
  • Mempunyai Ijazah dalam Human-Computer Interaction, Interaction Design atau Visual Arts subject

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pereka Web?

Purata gaji bulanan untuk Pereka Web di Malaysia adalah antara RM3,300 hingga RM4,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pereka Web ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *