'Job Description Template' Tukang Landskap

‘Job Description Template’ Tukang Landskap

Posted by

Tukang Landskap atau Landscaper adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keindahan taman dan ruang luar yang lain. Tugas seorang Tukang Landskap termasuklah memastikan tumbuhan tumbuh dengan baik di kawasan yang ditetapkan serta membersihkan kawasan/halaman di sekitarnya.

Job description template untuk Tukang Landskap ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Tukang Landskap yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyertai team kami. Tugas anda termasuklah menabur baja, mengekalkan ciri reka bentuk landskap, membuang rumpai/ tumbuhan mati dan mengawasi apa-apa yang perlu dibaiki mengikut keperluan.

Anda juga akan bertanggungjawab membina dan menyelenggara taman-taman supaya menjadi cantik.

Tugas seorang Tukang Landskap termasuklah:

  • Letakkan racun perosak untuk membunuh serangga berbahaya seperti nyamuk, tebuan dan kutu
  • Menjalankan tugas penyelenggaraan am seperti membersihkan laluan pejalan kaki dan membaiki air pancut
  • Trim dan edge di sekeliling pejalan kaki, flower beds dan dinding
  • Menanam hiasan baru, bunga, tumbuhan dan pokok renek
  • Membuang tumbuhan mati mengikut keperluan untuk memelihara kesihatan dan keindahan semula jadi tumbuhan
  • Trim daun-daun yang besar untuk memastikan pemandangan kelihatan kemas dan teratur 

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Tukang Landskap atau jawatan yang serupa
  • Pandai mengendalikan peralatan penyelenggaraan termasuk mesin pemotong rumput, peniup daun (leaf blowers) dan pemangkas lindung nilai (hedge trimmers)
  • Mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang pest management dan penyelenggaraan asas rumput
  • Memiliki Ijazah/Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Tukang Landskap?

Purata gaji bulanan untuk Tukang Landskap di Malaysia adalah antara RM2,461 hingga RM7,250.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Tukang Landskap ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *