E-mel susulan atau follow up email kepada majikan/HR adalah sesuatu yang sering dianggap tidak penting/remeh bagi pencari kerja di luar sana.
Kenapa follow up penting selepas selesainya sesi temu duga? Ia sebenarnya untuk menunjukkan bahawa anda bersemangat, teruja dan benar-benar berminat tentang jawatan yang anda mohon itu.
Follow up email juga penting kerana ia kan menjadikan anda lebih menonjol daripada pemohon-pemohon yang lain.
Berikut kami kongsikan template atau contoh follow up email untuk kegunaan anda pada masa akan datang.
Subject: Follow Up Berkenaan Jawatan [nama jawatan]
Encik/Puan,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas peluang untuk temu duga jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat].
Selepas perjumpaan dengan Encik/Puan, saya menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk menggalas jawatan sebagai [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya mengharapkan khabar daripada pihak Encik/Puan sebaik sahaja keputusan muktamad dilakukan berkenaan dengan jawatan ini. Pihak Encik/Puan boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sekiranya memerlukan butiran atau maklumat tambahan.
Terima kasih sekali lagi untuk waktu dan pertimbangan pihak Encik/Puan terhadap saya untuk jawatan ini.
Yang benar,
[Nama]
[Nombor untuk dihubungi]
* Anda boleh ubah template yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com