'Job Description Template' Guru Tadika

‘Job Description Template’ Guru Tadika

Posted by

Guru Tadika atau Kindergarten Teacher adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk menyatukan dan mengajar kanak-kanak tentang kemahiran sosial, kebersihan diri, kemahiran asas membaca, seni, muzik dan lain-lain.

Job description template untuk Guru Tadika ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Guru Tadika untuk memupuk dan memudahkan perkembangan intelek dan sosial kanak-kanak. Pengajaran di tadika merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajaran. Anda akan mengajar kanak-kanak dengan penuh kesabaran dan kreativiti. 

Tugas seorang Guru Tadika termasuklah:

  • Mengikuti rancangan pengajaran (teaching planning) yang lengkap
  • Mengajar abjad dan nombor berserta kemahiran peribadi, sosial dan emosi
  • Mengatur bahan dan sumber pembelajaran
  • Menggunakan pelbagai aktiviti dan kaedah pengajaran (lagu, cerita, media, permainan berstruktur, seni, aktiviti luar dll) untuk memotivasi dan merangsang kebolehan kanak-kanak
  • Mengekalkan hubungan dan komunikasi baik dengan ibu bapa untuk memberikan maklumat tentang anak mereka
  • Menilai prestasi dan kemajuan pelajar untuk memastikan mereka menguasai kemahiran secara berkala
  • Memantau interaksi kanak-kanak dan memupuk kerjasama dan perkongsian
  • Bekerjasama dengan kakitangan pentadbiran
  • Mengikuti dan mematuhi standard pengajaran dan peraturan keselamatan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman bekerja sebagai Guru Tadika, Pembantu Tadika atau Pembantu Guru
  • Mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang perkembangan kanak-kanak dan teori dan amalan pendidikan terkini
  • Memiliki kebolehan mengajar secara kreatif dan artistik
  • Seorang yang memiliki sifat kesabaran dan seorang yang fleksibel
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang kuat
  • Ijazah dalam pendidikan atau lesen/sijil berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Guru Tadika?

Purata gaji bulanan untuk Guru Tadika di Malaysia adalah antara RM2,000 hingga RM2,700.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Guru Tadika ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *