Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Posted by

Gangguan seksual adalah satu perlakuan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk kepada mangsa. Ia boleh boleh menyebabkan mangsa menghadapi perasaan benci, marah, tertekan, gelisah, cemas dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan psikologikal, kesihatan, emosi dan fizikal mereka.

Sekiranya mangsa tidak dibantu dan diberi sokongan moral dan emosi, mereka mungkin akan jadi lebih tertekan sehingga akhirnya mereka memilih untuk bunuh diri. 

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Di Malaysia, tiada undang-undang khusus yang menjelaskan tindakan ke atas perilaku gangguan seksual. Walau bagaimanapun,

Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah memperkenalkan Kod Amalan Pencegahan dan Penanganan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 (Kod Amalan) sebagai panduan untuk mencegah gangguan seksual di tempat kerja. Mengikut seksyen 4 Kod Amalan, gangguan seksual boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

1. Gangguan secara lisan: Melalui kata-kata, gurauan, usikan, bunyi, komen atau soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual

2. Gangguan secara fizikal: Melalui sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, memeluk, mencium, menggesel badan dll.

3. Gangguan secara isyarat/bukan lisan: Melalui pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu dengan niat atau keinginan, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, menjilat bibir, menunjukkan isyarat tangan atau bahasa isyarat ke arah perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

4. Gangguan psikologi: Mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

5. Gangguan visual: Menunjukkan bahan – bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

Artikel berkaitan: 5 Jenis Buli Yang Anda Wajib Ambil Tahu

Bagaimana untuk melaporkan kes gangguan seksual di tempat kerja?

1. Membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang dialami. Catat dengan teliti identiti pelaku, tempat kejadian, waktu, saksi dan bahan bukti lain seperti video, gambar, mesej yang dihantar

2. Beritahu majikan, rakan atau siapa sahaja yang anda percaya tentang gangguan seksual yang dialami.

3. Buat aduan/laporkan gangguan seksual tersebut dengan cara:

  • Dapatkan kepastian sama ada pejabat anda mengguna pakai Tata Amalan Pencegahan dan Pembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada Ogos 1999. Tata Amalan ini secara amnya mendefinisikan gangguan seksual dan mencadangkan mekanisme dalaman ditubuhkan untuk menangani masalah gangguan seksual ini. Tata Amalan ini memerlukan syarikat-syarikat untuk merumuskan polisi yang melarang gangguan seksual, menubuhkan mekanisme aduan menangani gangguan seksual, lengkap dengan peraturan dan hukuman, menyediakan perlindungan dan langkah-langkah pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program pendidikan dan menjadikan pekerja-pekerja terdidik tentang isu gangguan seksual di tempat kerja.

 

  • Buat aduan di pejabat buruh. Jabatan ini akan meminta majikan menyiasat aduan tersebut. Tetapi, kuasanya hanya setakat meminta suatu siasatan dalaman dijalankan atau perjumpaan dengan majikan itu. Jabatan ini tidak berkuasa untuk memaksa majikan mengambil apa-apa tindakan. Sekiranya anda diberhentikan kerana membuat aduan, maka anda boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perindustrian atas dasar pemecatan yang tidak adil di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 20.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan gangguan seksual di tempat kerja, klik di sini atau sini.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *