5 Kelebihan Mandi Malam Yang Mungkin Anda Tak Tahu

5 Kelebihan Mandi Malam Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Posted by

Ramai yang masih beranggapan ‘mandi malam penyebab paru-paru berair’. 

Sebenarnya, orang-orang zaman dahulu ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi atau sungai untuk mandi.

Jadi, untuk pergi ke perigi atau sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu berserta keadaan yang gelap gelita mungkin akan mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan sebagainya.

Dan mungkin sebab itulah orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam. Tapi, kini anda tidak perlu risau kerana sebenarnya, terdapat banyak kelebihan mandi pada waktu malam yang anda mungkin tak tahu.

Jom baca artikel ini sampai habis!

1. Mandi malam hilangkan stres

5 Kelebihan Mandi Malam Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Mandi pada waktu malam sebenarnya adalah sangat digalakkan kerana ia boleh membantu menghilangkan stress atau tekanan. Ambil masa seberapa lama yang anda perlukan untuk bersendirian dan kosongkan minda sambil memanjakan diri dengan mandian panas. 

Ini kerana, mandi dengan air panas berupaya untuk menenangkan ketegangan otot yang berpunca daripada stres. 

Selain itu, mandi menggunakan air suam dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar.

Artikel berkaitan: Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-Paru Berair? Ini Jawapannya!

2. Mandi malam elak alahan

Untuk anda yang mempunyai alahan terutamanya pada habuk dan mempunyai kulit yang sensitif, digalakkan untuk mandi sebelum tidur.

Ini adalah kerana habuk dan juga kotoran yang melekat di kulit anda akan menyebabkan keradangan dan reaksi alahan sekiranya anda terus tidur tanpa membersihkan diri terlebih dahulu lebih-lebih lagi selepas melakukan aktiviti fizikal.

3. Meningkatkan kualiti tidur

Menurut sumber, mandi dengan air bersuhu 40 darjah Celcius, sejam atau dua jam sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur dan akan memudahkan anda untuk lebih cepat tertidur. 

Mandi dengan air suam akan membantu membetulkan ritma sirkadian atau kitaran tidur (sleep cycle). Selain itu, mandi dengan air suam akan merangsang badan untuk meningkatkan pengaliran darah ke hujung anggota badan dan seterusnya menyejukkan suhu badan.

Dan yang paling penting, anda dapat tidur dalam keadaan lena tanpa diganggu oleh bau badan yang tidak menyenangkan.

4. Perbaiki tekstur kulit

Mandi pada waktu malam akan membantu agar kulit menjadi lebih sihat dan menghindarkan kulit daripada pertumbuhan jerawat terutamanya di sekitar anggota badan.

5. Menurunkan tekanan darah

Menurut kajian, mandi dengan air suam/hangat selama 11-15 minit sebelum waktu tidur akan membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 16 mm Hg.

Jadi, bayangkan sekiranya anda menjadikan mandi pada waktu malam sebagai rutin anda setiap hari. Pastinya akan ada peningkatan pada keadaan kesihatan anda secara keseluruhan.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan menjadikan anda seorang yang lebih rajin untuk membersihkan. Digalakkan untuk mandi menggunakan air yang suam atau hangat. 

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat!

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *