5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Posted by

Haiwan dan serangga mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam menjaga dan mengekalkan ekosistem bumi. Oleh itu, kepupusan sesuatu haiwan sangat membimbangkan para saintis kerana dikhuatiri akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekosistem bumi.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara lima haiwan yang dibenci manusia tetapi sebenarnya sangat penting dalam memastikan ekosistem bumi terpelihara.

1. Semut

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Sejumlah 12,000 spesies semut telah dijumpai di seluruh dunia. Semut adalah serangga yang wujud di setiap ekosistem. 

Semut memelihara dan membentuk keadaan tanah yang sihat bagi tumbuh-tumbuhan untuk berkembang dan kemudiannya akan menjadi makanan manusia. 

Aktiviti penting ini berlaku ketika semut menggali ke dalam tanah dan membina terowong untuk menyuburkan tanah ketika bekerja. Hasilnya, proses ini akan membantu dalam penguraian dengan mengitar semula nutrien yang terdapat di dalam tanah.

Artikel berkaitan: 13 Fakta Menarik Tentang Semut

2. Cacing tanah

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Dalam menjaga ekosistem bumi, cacing tanah berfungsi untuk membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tempat pembuangan sampah secara dramatik. 

Penguraian menggunakan cacing boleh membantu masalah rumah hijau dan jumlah sampah yang dihasilkan dalam isi rumah setiap hari. Selain itu, dengan menggunakan cacing sebagai pengurai, ia mampu mencipta baja yang hebat untuk tanaman dan tumbuhan lain.

3. Katak

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Katak adalah haiwan yang boleh menunjukkan tahap kesihatan ekosistem bumi dan menjadi amaran kepada manusia untuk mengambil tindakan. 

Katak merupakan antara haiwan yang paling dibenci oleh manusia kerana badannya yang berlendir dan kulitnya yang menggerutu. Walau bagaimanapun, katak berfungsi sebagai penunjuk biologi kerana kulit katak menyerap bahan-bahan di habitat sekitar mereka. Sebarang perubahan yang berlaku pada kulit katak akan menunjukkan tahap pencemaran atau masalah lain yang berlaku di kawasan tersebut.

4. Lebah

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Sekiranya tiada kewujudan lebah di muka bumi ini, tumbuh-tumbuhan tidak dapat berkembang kerana tiada proses pendebungaan. 

Lebah akan membawa ‘dengunya’ ke mana-mana sahaja untuk menyebarkan debunga agar tumbuh-tumbuhan dapat membiak di seluruh tempat. 

Walau bagaimanapun, populasi lebah semakin berkurangan kerana perubahan iklim, penyakit dan penggunaan racun perosak.

5. Kelawar

5 Haiwan Yang Dibenci Manusia Tetapi Sebenarnya Penting Dalam Menjaga Ekosistem Bumi

Kelawar memainkan peranan penting dalam mengawal populasi serangga perosak dan membolehkan pokok-pokok tanaman seperti mangga, pisang dan sebagainya hidup subur dan hasilnya dapat dinikmati.

Malah beberapa spesies kelawar menyediakan strategi pendebungaan penting untuk beberapa tanaman. Kelawar juga menjimatkan berjuta-juta dolar dalam penggunaan racun persosak. Walau bagaimanapun, beberapa spesies kelawar kini terancam dan banyak pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia sekarang sedang melindungi mereka kerana tahu kepentingan kelawar.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *