'Job Description Template' Juruteknik Kawalan Serangga Perosak

‘Job Description Template’ Juruteknik Kawalan Serangga Perosak

Posted by

Juruteknik Kawalan Serangga Perosak atau Pest Control Technician adalah individu profesional yang menggunakan pelbagai teknik untuk menghapuskan perosak daripada kediaman, komersial dan perindustrian. Mereka mengenal pasti masalah perosak dan memilih pendekatan yang berkesan untuk menghapuskan perosak daripada harta benda.

Job description template untuk Juruteknik Kawalan Serangga Perosak ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruteknik Kawalan Serangga Perosak yang berpengetahuan tentang pelbagai jenis perosak dan habitatnya.

Juruteknik Kawalan Serangga Perosak bertanggungjawab untuk memeriksa premis pelanggan, menasihati mereka tentang pilihan rawatan yang diperlukan dan membersihkan persekitaran daripada barang yang boleh menarik perosak ke kawasan tersebut.

Juruteknik Kawalan Serangga Perosak perlu berupaya untuk mengenal pasti jenis serangga, pepijat atau haiwan yang anda temui untuk membantu pelanggan menyingkirkannya dengan lebih berkesan.

Tugas seorang Juruteknik Kawalan Serangga Perosak termasuklah:

  • Periksa bangunan dan persekitaran sekitar untuk tanda-tanda serangan perosak
  • Tentukan jenis rawatan yang diperlukan untuk menghapuskan perosak
  • Ambil ukuran yang diperlukan bagi kawasan yang memerlukan rawatan
  • Anggarkan kos perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan 
  • Gunakan kaedah kawalan perosak yang berbeza seperti penetapan perangkap atau umpan untuk membuang atau membunuh perosak
  • Sapukan racun perosak dengan cara yang selamat dalam bangunan atau persekitaran sekeliling

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja yang sebagai Juruteknik Kawalan Serangga Perosak atau jawatan yang berkaitan
  • Mempunyai stamina fizikal yang kuat
  • Memiliki keupayaan untuk berdiri dalam jangka masa yang panjang dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selesa
  • Seorang yang terperinci dan boleh mengikut arahan dalam menggunakan racun perosak untuk mengelakkan bahaya kepada pelanggan dan diri sendiri
  • Memiliki kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik 
  • Memiliki keupayaan untuk menyimpan rekod tentang jam bekerja dan bahan kimia yang digunakan
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruteknik Kawalan Serangga Perosak?

Purata gaji bulanan untuk Juruteknik Kawalan Serangga Perosak di Malaysia adalah antara RM 1,500 hingga RM 2,100.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruteknik Kawalan Serangga Perosak ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *