Pantang Larang Minum Madu Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Pantang Larang Minum Madu Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Posted by

Madu bukan sahaja bertindak sebagai pengganti gula semata-mata, bahkan lebih daripada itu! Madu sangat penting kepada kesihatan dan sangat diperlukan dalam bidang perubatan dan ini telah dibuktikan melalui kajian sains dan eksperimen.

Tapi tahukah anda, terdapat pantang larang selepas minum madu? Dalam artikel ini kami akan kongsikan empat pantang larang minum madu yang mungkin anda tak tahu.

1. Elak makan makanan bergula selepas pengambilan madu

Madu asli mengandungi kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula. Ia juga kaya dengan kandungan antioksidan, kalium, magnesium dan mineral.

Disebabkan itu, pengambilan madu secara berlebihan dapat meningkatkan kandungan gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko penyakit jantung, kenaikan berat badan dan diabetes.

2. Jangan beri madu kepada bayi

Madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi yang berusia kurang dari 12 bulan. Ini kerana, madu asli terdedah pada bakteria yang dikenali sebagai clostridium botulinum.

Bakteria ini akan menyebabkan keracunan botulisme yang akan menyebabkan bayi mengalami kekejangan tubuh dan boleh meragut nyawa.

Walaupun begitu, keracunan botulisme jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

3. Jangan tidur selepas minum madu

Madu mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Satu sudu madu bersamaan sekurang-kurangnya 64 kalori. Sebagai perbandingan, gula pula mengandungi 49 kalori dalam jumlah yang sama.

Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk mengambil madu pada waktu pagi agar kalori tersebut boleh terbakar. Sekiranya anda minum madu sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya akan menyebabkan anda terdedah pada obesiti.

4. Jangan minum madu dalam keadaan yang masih panas

Elakkan minum madu ketika ia masih panas kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya.

Masyarakat India juga percaya campuran madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh.

Bacaan lain: Kelebihan Makan Oat Yang Anda Tak Tahu

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *