3 Tips Mengawal Kemarahan Anda

3 Tips Mengawal Kemarahan Anda

Posted by

Adakah anda seorang yang sukar mengawal kemarahan? Kemarahan adalah emosi normal bagi setiap individu. Walau bagaimanapun, kemarahan yang tidak terkawal boleh mengganggu hubungan anda dengan orang sekeliling.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tiga tips mudah untuk mengawal kemarahan anda. 

1. Ketahui sebab kemarahan anda

Marah adalah satu perasaan yang normal. Namun, sekiranya anda merasakan diri anda marah tanpa sebab, mungkin anda perlu fikir dan cari tahu punca kemarahan anda. 

Selepas cari tahu punca kemarahan anda, cuba atasi perasaan tersebut agar ia tidak memberi kesan buruk terhadap emosi dan fikiran.

2. Luahkan kemarahan melalui penulisan

Menulis luahan hati dapat membantu melepaskan segala rasa yang terbuku di hati. Cara ini mungkin akan membantu anda untuk memahami punca kemarahan anda. Dengan cara ini juga perasaan anda akan perlahan-lahan berasa tenang dan dapat berfikir dengan lebih baik.

3. Berhenti seketika

Apabila anda rasa marah, berhenti atau keluar daripada situasi tersebut untuk seketika. Anda akan dapat berhadapan dengan situasi tersebut dengan lebih tenang dan rasional.

Bacaan lain: 6 Tanda Anda Sedang Stres

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda dan membantu untuk mengawal kemarahan anda dengan lebih baik.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *