Kelebihan Makan Oat Yang Anda Tak Tahu

Kelebihan Makan Oat Yang Anda Tak Tahu

Posted by

Oat merupakan bijirin yang tinggi dengan serat, protein dan mineral-mineral penting. Oat juga berpotensi untuk menghalang daripada berlakunya penyakit-penyakit seperti kanser, kencing manis dan gangguan sistem penghadaman.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan enam kelebihan makan oat yang anda mungkin tak tahu. 

1. Membantu menurunkan berat badan

Kandungan serat yang terdapat dalam oat membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ia sekaligus memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan pada perut seperti sembelit ketika anda sedang diet.

Pengambilan oat juga membantu menjadikan perut berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama kerana ia adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat.

2. Menjaga kesihatan usus 

Oat bukan sahaja berkesan untuk menurunkan tahap kolesterol dalam darah tetapi ia juga membantu mengekalkan kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien untuk memperbaharui sel-sel usus manusia.

Serat juga dapat merangsang pengeluaran air liur yang memudahkan anda untuk menelan dan mengunyah makanan. Hal ini kerana, oat membantu mencairkan kandungan makanan dan dapat menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Selain itu, oat juga berkeupayaan dalam mencegah masalah ketidakselesaan yang dialami oleh kebanyakan golongan warga emas seperti sembelit dan buasir.

3. Mencegah kanser

Oat kaya dengan serat seperti antioksidan yang berupaya mencegah penyakit kanser. Antioksidan yang terkandung dalam serat ini akan bertindak melindungi sel-sel rosak yang berpunca daripada ketidakstabilan molekul dalam tubuh badan manusia.

4. Mengawal paras gula dalam darah

Bijirin seperti oat sememangnya dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah dan sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memiliki berat badan berlebihan.

5. Mengurangkan risiko sakit jantung

Oat terkenal kerana kebaikannya kepada kesihatan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai makanan yang membantu menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Menurut sumber, pengambilan oat mampu mengurangkan paras kolestrol dalam tubuh badan seseorang.

6. Mengurangkan kadar kolesterol

Kandungan serat yang terdapat dalam oat membantu menurunkan kadar kolesterol. Serat larutan ini kemudiannya akan dihadam oleh bakteria normal dalam usus sehingga dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh tubuh badan.

Oat juga mengandungi serat yang mampu mengurangkan lipoprotein dengan kolesterol jahat yang menyebabkan peningkatan terhadap risiko serangan strok dan jantung.

Kesimpulannya, pengambilan oat dalam pemakanan seharian akan dapat membantu kesihatan badan agar ia dapat dikekalkan. 

Bacaan lain: Ini Kelebihan Menderma Darah Yang Ramai Tak Tahu

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda menjaga kesihatan dengan lebih baik. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *