Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Posted by

Kerjaya sebagai seorang jurugambar (photographer) semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda zaman kini. Mana tidaknya, ramai yang beranggapan bahawa individu yang meminati fotografi ini mempunyai mata yang tajam, artistik dan seorang yang attractive. 

Jadi, untuk anda yang meminati kamera atau fotografi, jangan simpan sendiri! Serlahkan skil, kreativiti dan bakat terpendam anda dengan enam kerjaya ini!

Anda bukan sahaja dapat melakukan apa yang anda minati, bahkan anda akan mendapat bayaran daripada hasil kerja anda sendiri!

1. Jurugambar perkahwinan/majlis/potret

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Kerjaya sebagai seorang jurugambar perkahwinan sudah semakin popular zaman kini. Permintaannya tidak pernah putus kerana ramai yang akan melangsungkan perkahwinan terutama ketika musim cuti persekolahan dan perkahwinan ini merupakan antara momen penting dalam sejarah hidup setiap orang. Bayaran dan hasil pendapatannya juga adalah lumayan bergantung kepada hasil kerja anda. 

Selain majlis perkahwinan, jurugambar juga diperlukan bagi merakam majlis/event penting yang lain seperti majlis persaraan, majlis hari jadi, majlis konvokesyen, anniversary dan sebagainya.

2. Jurugambar makanan

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Mengambil gambar makanan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan teknik yang tepat seperti pencahayaan, komposisi, angle yang betul untuk menghasilkan gambar makanan yang bagus dan nampak menyelerakan. 

Kini, jumlah restoran dan kafe yang semakin meningkat secara tidak langsung menambahkan peluang anda dalam bidang ini. Hasil tangkapan gambar tersebut akan dimanfaatkan untuk media promosi makanan, laman web, dan sebagainya.

3. Jurugambar fesyen

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Tanpa jurugambar profesional di acara-acara fesyen, maka tidak lengkaplah sesebuah acara itu. Jurugambar fesyen ini memaparkan rangkaian pakaian, aksesori dan pelbagai produk komersial. 

Fotografi ini biasanya untuk pengiklanan dan kegunaan majalah fesyen atau majalah hiburan. Lokasi penggambaran pula boleh dilakukan di studio atau kawasan luar seperti gunung, pantai, pantai, hutan, sawah padi, padang pasir dan sebagainya.

4. Jurugambar travel

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Suka jalan-jalan dan suka mengambil gambar? Pekerjaan ini memang sesuai untuk anda! Skil fotografi kembara ini boleh dimanfaatkan dalam kerjaya seperti syarikat majalah yang berfokuskan kembara dan percutian, pemandu pelancong dan blogger.

Ramai jurugambar yang telah membuktikan bahawa fotografi itu bukan sekadar memegang kamera dan menekan butang shutter tetapi juga boleh membawanya menerokai dunia yang luas ini.

5. Wartawan foto

Kerjaya sebagai seorang wartawan foto ini bukanlah mudah dan memerlukan semangat juang yang tinggi misalnya ditugaskan ke tempat pergolakan politik, perang dan jenayah bagi membuat liputan untuk penerbitan cetak atau elektronik.

Jurugambar/jurufoto perlu mengambil gambar yang tepat kerana gambar merupakan bahagian yang terpenting dalam penghasilan berita dan menentukan apa isi cerita di sebalik itu. Sekeping gambar menceritakan 1001 rahsia di sebaliknya. 

Sekiranya anda seorang yang berhati kering, lasak, passionate, anda mungkin sesuai dengan kerjaya ini.

6. Jurugambar hidupan liar dan bawah air

Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Sukakan Fotografi

Untuk anda yang meminati hidupan liar atau hidupan laut, kerjaya ini mungkin sesuai untuk anda. Kerjaya ini memerlukan anda untuk keluar masuk hutan atau mengikuti badan-badan NGO untuk memasang kamera perangkap bagi mengawasi hidupan liar dalam hutan.

Anda mungkin akan berpeluang untuk menangkap gambar tapak kaki harimau dan pelbagai lagi binatang liar yang anda mungkin akan lari tak cukup tanah jika terserempak dengannya.

Jadi, antara keenam-enam pekerjaan ini, yang mana satu menjadi kerjaya idaman anda?

Bacaan lain: Senarai Pekerjaan Gig Yang Bantu Anda Cari Side Income

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *