Selain jumlah gaji yang diberikan, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian sebelum anda menerima tawaran kerja. Perkara tersebut penting demi kepuasaan dan keseronokan bekerja serta perkembangan kerjaya anda pada masa akan datang.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima faktor utama yang perlu diberi perhatian jika anda sedang dalam proses mencari pekerjaan dan sedang menunggu tawaran kerja.
1. Kestabilan syarikat
Sebelum terima tawaran pekerjaan, pastikan anda semak latar belakang syarikat dan kestabilan syarikat sebelum membuat sebarang komitmen rasmi.
Adakah syarikat tersebut stabil dan berkembang atau berisiko untuk memberhentikan pekerja pada masa akan datang?
2. Budaya syarikat
Budaya syarikat akan memberi kesan kepada prestasi dan kehidupan anda di tempat kerja. Sebelum terima tawaran kerja, dapatkan maklumat daripada pekerja-bekerja di syarikat tersebut tentang cara layanan syarikat kepada staf.
3. Waktu bekerja
Waktu bekerja adalah sangat penting untuk untuk pastikan anda mempunyai keseimbangan antara waktu bekerja dan juga kehidupan peribadi.
Pastikan anda memahami waktu kerja yang telah tertulis dalam kontrak begitu juga sekiranya anda perlu kerja lebih masa. Apabila sudah mengetahui waktu bekerja anda, anda boleh mula membuat gambaran bagaimana hari-hari anda bekerja di syarikat tersebut nanti.
4. Faedah yang ditawarkan
Selain gaji, faedah juga penting untuk diambil kira. Ambil tahu faedah lain yang diberikan syarikat sebelum menerima tawaran pekerjaan. Ini termasuklah elaun percutian, caruman persaraan, insurans, bonus dan penjagaan kesihatan. Pastikan anda membuat rundingan tentang perkara ini sebelum menandatangani apa-apa kontrak.
5. Peluang untuk kembangkan kerjaya
Pastikan anda bertanya tentang perkembangan kerjaya ketika ditemu duga. Apabila anda melakukan sedemikian, ia memberikan gambaran kepada penemu duga yang anda seorang yang berminat untuk kekal bersama syarikat dalam tempoh yang lama.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda yang sedang mencari kerja.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com