3 Jenis Meditasi Untuk Hidup Yang Lebih Tenang

3 Jenis Meditasi Untuk Hidup Yang Lebih Tenang

Posted by

Memiliki hidup yang tenang dan bahagia tanpa sebarang masalah adalah impian semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Walau bagaimanapun, kehidupan adalah sangat sinonim dengan ujian, cabaran atau masalah yang memerlukan kita sebagai manusia untuk menjalaninya.

Tapi jangan risau! Terdapat pelbagai cara untuk anda cuba dapatkan hidup yang lebih tenang dan bahagia antaranya dengan menghirup udara segar, berjalan-jalan di tepi pantai, meditasi dan sebagainya.

Menurut kajian, meditasi boleh membantu anda berasa lebih santai, menjadikan fikiran anda lebih jelas dan juga membantu meningkatkan tumpuan serta membuat keputusan yang lebih baik.

Setiap meditasi boleh dilakukan selama 60 saat hingga 60 minit. Ulang setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin anda atau pada bila-bila sahaja yang anda mahukan.

Terdapat tiga meditasi yang anda boleh lakukan yang mana ia boleh membantu anda mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan diri dan juga boleh membantu masalah tidur.

Salah satu meditasi ini boleh membantu anda mencapai hari-hari yang lebih tenang dan membahagiakan.

1. Meditasi berjalan

3 Jenis Meditasi Untuk Hidup Yang Lebih Tenang

Berjalan merupakan senaman yang paling mudah dan dilakukan oleh manusia hampir setiap hari. Dengan cara meditasi berjalan, anda akan mula memberi tumpuan dan akan timbul rasa syukur. Anda akan menghargai setiap perkara yang sedang berlaku dalam hidup anda sama ada baik atau buruk.

Sekiranya anda berjalan di atas trek, beri tumpuan kepada satu perkara yang anda syukur pada pusingan pertama. Kemudian beralih kepada perkara lain yang anda syukuri pada pusingan kedua dan seterusnya. Jika anda berjalan di tepi jalan, anda boleh memberi tumpuan kepada satu perkara untuk setiap satu blok bangunan.

Satu lagu bentuk meditasi adalah visualisasi. Ketika berjalan, bawa diri anda ke tempat yang tenang dan santai. Anda juga boleh bayangkan diri anda sedang bersantai di atas kerusi di tepi pantai. 

2. Meditasi pernafasan

3 Jenis Meditasi Untuk Hidup Yang Lebih Tenang

Meditasi pernafasan menggunakan nafas untuk membantu memfokuskan minda dan boleh dilakukan ketika anda sedanb bergerak. Oleh itu, cuba meditasi pernafasan ini semasa anda berjalan, berlari atau duduk diam.

Tarik nafas melalui hidung dan fokus kepada satu perkataan yang memberikan gambaran positif tentang perasaan anda.

Kemudian ketika anda menghembuskan nafas melalui mulut itu, cuba fikirkan tentang melepaskan perasaan yang bertentangan dengan perasaan positif. Contohnya stres, marah, gelisah dan sebagainya. Ulangi corak pernafasan ini sehingga anda mula rasa tenang.

3. Meditasi bau 

Meditasi bau memerlukan anda untuk duduk berdekatan dengan salah satu unsur semula jadi seperti bunga dan pastikan anda berada dalam kedudukan selesa. Duduk bersila dengan tangan anda diletakkan di atas lutut atau atas riba dalam posisi meditasi.

Sedut udara melalui hidung dan nikmati bau alam yang segar sekeliling anda. Selepas menarik nafas, berhenti seketika dan tahan nafas selama beberapa saat, kemudian hembus melalui hidung atau mulut.

Semasa anda menarik nafas, mula mengira sampai empat, tahan untuk kiraan dua dan kemudian hembus ketika dikiraan empat. Ulangi selama 60 saat hingga 60 minit.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman baharu. Hentikan segera jika anda mengalami kesakitan.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan buat ibu bapa di luar sana.

Bacaan lain: Tips Mudah Jadikan Tempat Kerja Sebagai ‘Happy Place’

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *