'Job Description Template' Pengurus Media Sosial

‘Job Description Template’ Pengurus Media Sosial

Posted by

Pengurus Media Sosial atau Social Media Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjadi ‘suara’ untuk syarikat merentasi saluran media sosial. Mereka bertanggungjawab untuk membalas komen dan mencipta kandungan. Pengurus Media Sosial juga bertanggungjawab untuk meningkatkan brand awareness syarikat kepada audiens.

Job description template untuk Pengurus Media Sosial ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Media Sosial yang berpengalaman untuk menyertai pasukan Pemasaran Digital kami.

Sebagai Pengurus Media Sosial, tanggungjawab anda adalah untuk menguruskan akaun media sosial syarikat kami. Anda perlu menghasilkan kandungan teks dan video yang unik, merancang jadual posting dan menambahkan pengikut.

Anda perlu mengekalkan dan meningkatkan imej syarikat kami dengan cara yang terancang untuk mencapai matlamat pemasaran kami. Anda juga diharapkan untuk memastikan diri anda sentiasa up-to-date tentang semua teknologi digital dan aliran media sosial.

Anda perlu memiliki kemahiran komunikasi yang luar biasa supaya pandangan dan visi syarikat kami dapat disampaikan secara kreatif kepada audiens.

Mohon sekarang! 

Tugas seorang Pengurus Media Sosial termasuklah:

  • Buat research tentang trend semasa dan kesukaan audiens
  • Mengamalkan strategi media sosial untuk membawanya selaras dengan matlamat perniagaan
  • Tentukan matlamat media sosial secara strategik untuk pastikan konsistensi jenama
  • Cipta, arahkan, edarkan dan kongsi kandungan yang menarik setiap hari
  • Laksanakan kempen media sosial di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya
  • Jejaki SEO dan trafik laman web
  • Bekerjasama dengan pasukan lain seperti pemasaran, jualan dan perkhidmatan pelanggan untuk memastikan konsistensi jenama dikekalkan
  • Berkomunikasi dengan pengikut di rangkaian sosial, balas pertanyaan mereka tepat pada masanya
  • Mengawasi aktiviti akaun media sosial dan kempen pemasaran media sosial
  • Ikuti perkembangan terkini di media sosial

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran, Teknologi Maklumat atau bidang yang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Pengurus Media Sosial, Pengurus Komuniti, Pakar Media Sosial atau Penganalisis Media Sosial
  • Mahir tentang sistem pengurusan kandungan (content management)
  • Boleh menulis copywriting yang dengan baik
  • Mempunyai keupayaan untuk menyampaikan kandungan kreatif dan inovatif
  • Mempunyai pengetahuan tentang SEO dan media sosial
  • Memiliki pemahaman asas tentang reka bentuk web
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang hebat
  • Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik
  • Mempunyai kemahiran organisasi dan kepimpinan yang kukuh
  • Keupayaan untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai tugas
  • Bijak menyelesaikan masalah
  • Seorang yang terperinci
  • Kebolehan pengurusan masa yang baik
  • Bijak membuat keputusan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Media Sosial?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Media Sosial adalah antara RM 4,250 hingga RM 6,750.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Media Sosialini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Sumber Manusia

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *