7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Posted by

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa. Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan datang 16 September nanti, berikut kami kongsikan antara tujuh fakta unik tentang negara Malaysia yang anda mungkin tidak cakna.

1. Kuala Lumpur merupakan ibu kota kilat di dunia

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling banyak menerima panahan petir atau kilat di dunia berbanding tempat lain. Dalam setahun, dianggarkan sebanyak 200 hari ribut petir berlaku di Kuala Lumpur berbanding hanya 20 hari ribut petir berlaku di London manakala New York hanya mengalami 10 hari ribut petir.

2. Bulatan terbesar di dunia

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Bulatan terbesar di dunia terletak di Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Putrajaya yang mengelilingi 3.4km panjangnya. Malah, terdapat 15 sistem jalan keluar dan masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.

3. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dibina untuk tahan salji

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Walaupun Malaysia mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, namun stesen kereta api ini dibina untuk menahan kesejukan salji. Platform ini dibina dengan tinggi agar ia tidak ditenggelami salji apabila ribut salji melanda. Bumbung platformnya pula dibina sehingga tahap yang mampu menampung salji setebal 2 kaki.

4. Jika tiada kelawar, tiada durian di Malaysia

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Durian merupakan raja buah-buahan di Malaysia dan kini dianggap sebagai buah eksotik kerana ia digemari di ASEAN dan Asia Timur. Pokok durian yang tumbuh di Malaysia kebanyakannya dibantu oleh kelawar buah. Hal ini kerana kelawar spesies ini amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. 

Terdapat dua jenis kelawar di Malaysia iaitu spesies pemakan serangga dan spesies pemakan buah. Kelawar ini dikategorikan sebagai spesies pemakan buah.

5. Serangga terpanjang di dunia

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Chan Megastick (Phobaeticus Chani) adalah sejenis serangga ranting yang terdapat di Sabah. Serangga yang berukuran 56cm dinamakan sempena nama Datuk Chan Chew Lun iaitu seorang pengkaji alam semula jadi amatur di Malaysia. 

Walau bagaimanapun, hanya enam ekor yang ditemui setakat ini dan maklumat biologi spesies ini masih agak samar-samar. Serangga ini hanya dapat hidup di atas Kanopi Rimba.

6. Nama kereta kebangsaan diambil ketika permainan Scrabble

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON. Nama Saga diambil dalam permainan Scrabble di mana Encik Ismail Jaafar merupakan orangnya yang ketika membuat frasa bahasa Inggeris, SAGA bermaksud ‘something said’ atau ‘a narrative in prose’. Perkataan ini hanya melibatkan empat huruf dan maknanya agak kecil. Justeru itu, terbentuk frasa baru untuk setiap akronim tersebut:

S = Safety

A = Achievement

G = Greatness

A = Ability

7. Tanah perkuburan haiwan peliharaan pertama di Malaysia

7 Fakta Unik Tentang Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Tanah perkuburan haiwan peliharaan pertama di Malaysia ini terletak di Nirvana Memorial Park, Semenyih. Lot tanah perkuburan ini berukuran kecil dan sederhana dan ia disediakan bagi pemilik haiwan untuk menanam haiwan peliharaan yang sudah mati. Satu lot tanah perkuburan berharga RM4,800 termasuk perkhidmatan pengebumian dalam pakej yang ditawarkan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *