7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Posted by

Semut sering digambarkan sebagai serangga yang kecil, rajin dan kuat. Walau bagaimanapun, jangan anggap serangga kecil ini tidak berbahaya! Terdapat spesies semut yang dipercayai mampu menyebabkan kematian manusia melalui gigitan mereka yang berbisa. 

Berikut kami kongsikan tujuh jenis semut paling berbahaya di dunia!

1. Semut bulldog (bulldog ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut ini telah diiktiraf oleh Guinnes World Record sebagai semut paling berbahaya di dunia. Kebanyakan daripada semut bulldog ini tinggal di kawasan pantai di Australia. 

Terdapat kira-kira tiga kes kematian disebabkan semut berbahaya ini sejak tahun 1988.

2. Semut askar (army ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut askar atau juga dikenali sebagai raids ini boleh mencetuskan bahaya kepada manusia. Ia diberi nama semut askar kerana cara semut ini menyerang iaitu secara berkumpulan dan tersangat agresif.

Kebiasaannya, semut ini akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kumpulan semut ini tidak boleh dipandang rendah kerana apabila mereka menyerang secara berkumpulan, ia terdiri daripada 100,000 ekor dan mampu melenyapkan mangsa dengan mudah.

3. Semut peluru (bullet ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Ia diberi nama semut peluru disebabkan oleh rasa sengatannya yang diibaratkan seperti peluru.

Rasa sakit gigitan semut ini dikatakan seperti seseorang ditembak dan rasa sakit sengatannya boleh dirasai sehingga lebih 24 jam. Kandungan racun dalam gigitan semut ini dapat memberikan kesan repulsif yang menyekat penghantaran sinaptik dalam sistem saraf pusat.

Semut ini biasanya ditemui di Honduras dan Paraguay dan ia merupakan antara semut yang mempunyai sengatan paling sakit di dunia.

4. Semut api (fire ant)

 

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut api adalah semut yang paling agresif di dunia. Sesetengah daripada spesies semut ini juga dikenali sebagai ‘semut halia’ yang mana sengatannya adalah sangat menyakitkan. Jika semut ini menggigit secara berkumpulan, ia sangat berbahaya kerana racunnya terdiri daripada alkaloid.

Reaksi alahan terhadap kulit manusia boleh menyebabkan bengkak dan kerengsaan. Gejala-gejala lain yang berpunca daripada gigitan semut ini termasuk percakapan tidak jelas, sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan cepat.

5. Semut siafu (siafu ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut yang juga dikenali sebagai ‘semut pemandu’ ini sering dijumpai di Afrika Tengah dan Afrika Timur. Semut ini telah diiktiraf sebagai semut paling bahaya di dunia bagi manusia. Setiap sarang semut ini mempunyai lebih daripada 20 juta ekor semut siafu.

Semut ini mempunyai rahang yang sangat kuat dan mampu mengoyakkan mangsa hanya dalam beberapa saat sekiranya mereka menyerang secara berkumpulan.

Malah, semut siafu yang berpangkat ‘semut pekerja’ adalah lebih berbahaya daripada semut biasa kerana mempunyai rahang yang bersaiz lebih besar, serta mempunyai keupayaan menyengat yang lebih bahaya.

6. Semut Bullhorn Acacia (Bullhorn Acacia ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut yang menyerupai tebuan ini mempunyai warna dan kepanjangan yang hampir sama dengan tebuan tetapi yang membezakannya adalah ia tidak mempunyai sayap.

Semut ini sangat berbahaya kepada manusia kerana sengatannya mampu memberikan kesan denyutan yang sangat perit pada kulit manusia.

Walau bagaimanapun, semut di negara-negara Afrika ini mempunyai kelebihan dari segi perubatan yang boleh digunakan dalam merawat penyakit seperti kemurungan dan asma.

7. Semut Florida Harvester (Florida Harvester ant)

7 Jenis Semut Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

Semut ini boleh dijumpai di padang pasir Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Semut ini mempunyai struktur seperti janggut yang membantu mereka dalam mencapai atau mengambil butiran kecil di permukaan pasir yang licin.

Semut ini mempunyai racun yang sama seperti ular tedung dan lebah madu barat. Semut ini juga digunakan sebagai sebahagian daripada mekanisma pertahanan untuk membunuh haiwan seperti cicak bertanduk (horned lizard).

Jadi, pernahkan anda menemui salah satu daripada tujuh semut ini?

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda.

Bacaan lain: 13 Fakta Menarik Tentang Semut

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *