Ini 4 Persediaan Beli Rumah Untuk Graduan Yang Baru Mula Bekerja

Ini 4 Persediaan Beli Rumah Untuk Graduan Yang Baru Mula Bekerja

Posted by

Membeli rumah terutamanya untuk para graduan yang baru mula bekerja adalah lebih digalakkan sebagai jaminan pelaburan kerana nilai pasarannya yang akan meningkat dari tahun ke tahun.

Jika anda adalah seorang graduan yang baru mula bekerja dan memang bercita-cita nak beli rumah dalam tiga atau lima tahun lagi, ikuti empat persediaan untuk anda beli rumah.

1. Jaga dan bina skor kredit

Ini 4 Persediaan Beli Rumah Untuk Graduan Yang Baru Mula Bekerja

Skor kredit adalah antara faktor terpenting yang akan menentukan sama ada pinjaman atau kad kredit anda lulus atau sebaliknya.  Ia adalah satu sistem pemarkahan yang menentukan kesihatan kredit atau kesihatan kewangan anda.

Setiap pinjaman anda, kad kredit, bayaran ansuran, atau komitmen kewangan akan direkodkan. Rekod ini kemudiannya akan dipaparkan di dalam laporan kredit anda. Ia akan memberikan analisis tentang komitmen dari segi pembayaran semula hutang-hutang anda – sama ada anda sentiasa buat bayaran tepat pada masa atau sentiasa terlewat dengan bayaran ansuran anda atau ada tunggakan bayaran.

Oleh sebab itu, anda perlu langsaikan setiap hutang-hutang anda contohnya pinjaman pendidikan seperti PTPTN, pinjaman kad kredit, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan sebagainya. 

Skor kredit yang tidak baik/bersih akan menyukarkan anda untuk dapat pinjaman perumahan walaupun anda dapat kenaikan gaji.

2. Cari pendapatan tambahan/sampingan

Daripada hanya bergantung kepada pendapatan tetap sahaja, anda boleh cuba untuk melakukan kerja sampingan untuk tambahkan pendapatan untuk beli rumah.

Artikel berkaitan: Cara Menjana Pendapatan Sampingan: 10 Pekerjaan Sampingan untuk Anda

3. Buat simpanan/pelaburan

Anda juga boleh mula melabur dalam mata wang kripto, emas, bitcoin, hartanah dan banyak lagi. Anda boleh gunakan pelaburan gaya konvensional iaitu buat simpanan di Tabung Haji atau Amanah Saham Berhad (ASB). Cukup tahun boleh makan dividen untuk perbelanjaan diri sendiri.

Anda juga boleh membuat pelaburan emas. Banyak bank-bank yang buat pelaburan emas seperti Maybank, Public Bank dan juga CIMB.

Lagi banyak anda buat simpanan, lagi cepat anda cukupkan duit untuk deposit rumah. 

4. Tambah kemahiran

Mempelajari dan menambah kemahiran baru akan membantu menambah nilai dan harga diri anda sebagai seorang pekerja. Selain itu, dengan adanya kemahiran baharu, lebih senang untuk anda meminta kenaikan pangkat atau gaji. Pelbagai jenis kurus percuma dan berbayar yang ditawarkan oleh agensi-agensi di luar sana. 

Semoga perkongsian kami ini membantu para graduan di luar sana yang baru mula bekerja dan memang bercita-cita nak beli rumah.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *