Pakar Dokumentasi atau Documentation Specialist adalah individu yang bertanggungjawab dalam menyelia kerja-kerja pentadbiran dalam pejabat serta mengatur dan mengurus dokumen pejabat.
Job description template untuk Pakar Dokumentasi ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pakar Dokumentasi yang akan bertanggungjawab untuk – menggariskan strategi penyimpanan dalam jangka masa panjang, bekerjasama dengan rakan sekerja untuk memastikan konsistensi amalan dokumentasi di seluruh syarikat dan melatih pekerja tentang penggunaan dokumentasi yang cekap.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Pakar Dokumentasi termasuklah:
- Menggariskan strategi penyimpanan dalam jangka masa panjang
- Mematuhi keperluan peraturan
- Bekerjasama dengan rakan sekerja untuk memastikan konsistensi amalan dokumentasi di seluruh syarikat
- Melatih pekerja tentang penggunaan dokumentasi yang cekap
- Membantu dengan audit dalaman dan luaran
- Memastikan integriti dokumentasi
- Mengawal akses dokumen
Syarat kelayakan
- Pengalaman kerja sebagai Pakar Dokumentasi atau jawatan yang berkaitan
- Kemahiran organisasi yang cemerlang
- Keupayaan untuk multitasking
- Seorang yang terperinci
- Mempunyai komunikasi bertulis dan lisan yang baik
- Pendidikan yang berkaitan sebagai Pakar Dokumentasi
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pakar Dokumentasi?
Purata gaji bulanan untuk Pakar Dokumentasi adalah antara RM 2,120 hingga RM 6,240.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pakar Dokumentasi ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Pakar SEO
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com