‘Job Description Template’ Pegawai Tadbir

‘Job Description Template’ Pegawai Tadbir

Posted by

Pegawai Tadbir atau Administrative Officer adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan pentadbiran dan perkeranian kepada syarikat dan organisasi. Mereka bertanggungjawab untuk menjawab panggilan telefon, menjadualkan mesyuarat, menyediakan laporan dan memfailkan dokumen.

Job description template untuk Pegawai Tadbir ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pegawai Tadbir untuk melaksanakan semua tugas pentadbiran dan perkeranian yang diperlukan untuk pengurusan pejabat. Tanggungjawab Pegawai Tadbir termasuk mengalu-alukan pelawat dan pelanggan, mengawasi aktiviti kakitangan, menaip serta proofread pelbagai dokumen syarikat dan sebagainya.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pegawai Tadbir termasuklah:

  • Menguruskan stok bekalan pejabat dan membuat pesanan
  • Menyediakan laporan berkala mengenai perbelanjaan dan belanjawan pejabat
  • Mengekalkan dan mengemas kini pangkalan data syarikat
  • Mengatur sistem pemfailan untuk dokumen syarikat yang penting dan sulit
  • Menjawab pertanyaan pekerja dan pelanggan/klien
  • Mengemas kini dasar pejabat mengikut keperluan
  • Mengekalkan kalendar syarikat dan menjadualkan janji temu
  • Menempah bilik mesyuarat mengikut keperluan
  • Mengedar dan menyimpan surat-menyurat (cth. surat, e-mel dan bungkusan)
  • Menyediakan laporan dan pembentangan dengan data statistik
  • Mengatur perjalanan dan penginapan
  • Jadualkan acara dalaman dan luaran

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Pegawai Tadbir, Pentadbir atau jawatan yang berkaitan
  • Mahir tentang prosedur pejabat
  • Pengalaman dengan perisian pengurusan pejabat seperti MS Office (MS Excel dan MS Word)
  • Kemahiran organisasi yang cemerlang
  • Bijak menyelesaikan masalah
  • Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang sangat baik
  • Seorang yang terperinci
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pegawai Tadbir?

Purata gaji bulanan untuk Pegawai Tadbir di Malaysia adalah antara RM2,100 hingga RM2,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pegawai Tadbir ni melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *