‘Job Description Template’ Pengurus Pentadbiran

‘Job Description Template’ Pengurus Pentadbiran

Posted by

Pengurus Pentadbiran atau Administration Manager adalah individu yang bertanggungjawab menyelia ahli pasukan pentadbiran dan memastikan operasi pejabat harian dilakukan dengan lancar dan cekap. 

Job description template untuk Pengurus Pentadbiran ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Pentadbiran untuk menyelia operasi pejabat dan kakitangan pentadbiran. Pengurus pentadbiran akan melatih, dan menilai ahli pasukan pentadbiran; membangun, menyemak dan menambah baik dasar, sistem dan prosedur; dan akan memastikan pejabat beroperasi dengan lancar dan cekap.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Ketua Pengurus Pentadbiran termasuklah:

  • Merancang dan menyelaraskan prosedur dan sistem pentadbiran
  • Merekrut dan melatih kakitangan 
  • Menilai prestasi kakitangan dan menyediakan bimbingan untuk memastikan kecekapan maksimum
  • Memastikan aliran maklumat yang lancar dan mencukupi dalam syarikat untuk memudahkan operasi perniagaan lain
  • Mengurus jadual dan deadlines
  • Memantau kos dan perbelanjaan untuk membantu penyediaan belanjawan
  • Menyelia perkhidmatan kemudahan dan aktiviti penyelenggaraan (cth. juruelektrik)
  • Mengatur dan menyelia aktiviti pejabat (kitar semula, pengubahsuaian, perancangan acara dll.)
  • Memastikan operasi mematuhi dasar dan peraturan
  • Mengikuti perkembangan semua perubahan organisasi dan perniagaan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran
  • Pemahaman mendalam tentang prosedur pengurusan pejabat dan dasar jabatan dan undang-undang
  • Mahir dengan prinsip pengurusan kewangan
  • Mahir dalam MS Office
  • Mempunyai fikiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kebolehan organisasi dan multitasking yang sangat baik
  • Seorang team player yang mempunyai kemahiran kepimpinan
  • Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Pentadbiran?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Pentadbiran adalah antara RM 5,300 hingga RM 7,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Pentadbiran ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Sumber Manusia

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *