‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Kewangan

‘Job Description Template’ Ketua Pegawai Kewangan

Posted by

Ketua Pegawai Kewangan atau Chief Financial Officer (CFO) adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjejak aliran tunai, menganalisis kekuatan/kelemahan dalam kewangan syarikat dan menyelia semua aspek kewangan syarikat.

Job description template untuk Ketua Pegawai Kewangan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Ketua Pegawai Kewangan atau CFO yang berpengalaman untuk melaksanakan pengurusan risiko yang berkesan dan merancang strategi kewangan organisasi. Ia adalah peranan yang sangat penting dan kompleks kerana sesebuah organisasi hanya boleh bertahan jika ia secara aktif menyiasat dan melindungi kewangannya.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Ketua Pegawai Kewangan termasuklah:

  • Membantu perancangan kewangan syarikat
  • Melaksanakan pengurusan risiko dengan menganalisis liabiliti dan pelaburan organisasi
  • Menentukan strategi pelaburan dengan mempertimbangkan risiko tunai 
  • Mengawal dan menilai rancangan pengumpulan dana dan struktur modal organisasi
  • Memastikan aliran tunai adalah sesuai untuk operasi organisasi
  • Menyelia semua kakitangan kewangan (pengawal, bendahari dll.)
  • Sediakan laporan semasa dan forecasting reports yang boleh dipercayai
  • Menyediakan dan menyelia sistem IT kewangan syarikat
  • Memastikan pematuhan undang-undang dan polisi syarikat
  • Mengurus team Pengawal Kewangan dan Penganalisis Kewangan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan
  • Berpengalaman dalam jawatan senior management
  • Memiliki latar belakang kewangan dan perakaunan yang baik, termasuk pemahaman tentang untung rugi, balance sheet dan pengurusan aliran tunai serta kewangan dan belanjawan am.
  • Pengalaman dengan tadbir urus korporat.
  • Kemahiran rundingan 
  • Pengalaman dengan pengurusan belanjawan, perakaunan awam dan aliran tunai
  • Keupayaan untuk memahami isu baharu dengan cepat dan membuat keputusan yang bijak
  • Keupayaan untuk menimbulkan keyakinan dan mewujudkan kepercayaan
  • Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Ketua Pegawai Kewangan?

Purata gaji bulanan untuk Ketua Pegawai Kewangan adalah antara RM 12,750 hingga RM 15,250.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Ketua Pegawai Kewangan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *