Ketua Pegawai Operasi/Pengarah Operasi atau Chief Operating Officer (COO) adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyelia operasi perniagaan syarikat dan melaporkan kepada CEO. COO akan memastikan syarikat mempunyai prosedur operasi dan kewangan yang berkesan.
Job description template untuk Ketua Pegawai Operasi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Ketua Pegawai Operasi untuk menyelia proses operasi syarikat kami. Anda akan mengoptimumkan keupayaan operasi syarikat, menggunakan strategi untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan, mengurus inisiatif pemasaran dan banyak lagi!
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Ketua Pegawai Operasi termasuklah:
- Mereka bentuk dan melaksanakan strategi, rancangan dan prosedur perniagaan
- Menetapkan matlamat komprehensif untuk prestasi dan pertumbuhan
- Mewujudkan dasar yang menggalakkan budaya dan visi syarikat
- Mengawasi operasi harian syarikat dan kerja eksekutif (IT, Pemasaran, Jualan, Kewangan dll.)
- Memimpin pekerja untuk menggalakkan prestasi maksimum
- Menilai prestasi dengan menganalisis dan mentafsir data dan metrik
- Menulis dan serahkan laporan kepada CEO dalam semua perkara yang penting
- Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam usaha mengumpul dana
- Mengambil bahagian dalam aktiviti pengembangan (expansion) (pelaburan, pengambilalihan, pakatan korporat dll.)
- Mengurus perhubungan dengan rakan kongsi/vendor
Syarat kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan
- 5 tahun pengalaman dalam menguruskan sumber manusia, kewangan, operasi dan strategi perniagaan
- Rekod prestasi yang cemerlang dalam perniagaan
- Rekod prestasi dalam menguruskan belanjawan
- Pengalaman dalam kepimpinan
- Kemahiran lisan dan bertulis yang cemerlang,
- Pengalaman bekerja dengan kakitangan di semua peringkat
- Keupayaan untuk membuat business projections tiga tahun ke hadapan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Ketua Pegawai Operasi?
Purata gaji bulanan untuk Ketua Juruaudit Luar adalah antara RM 13,750 hingga RM 16,250.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Ketua Pegawai Operasi ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com