Nak Buat Keputusan Yang Tepat? Ikuti 5 Langkah Ini

Nak Buat Keputusan Yang Tepat? Ikuti 5 Langkah Ini

Posted by

Membuat sesuatu keputusan bukanlah perkara yang mudah terutamanya apabila keputusan tersebut melibatkan orang lain dan masa hadapan anda. 

Jadi, bagaimana untuk anda kenal pasti keputusan yang anda lakukan itu tepat atau hanya akan menjadikan anda menyesal di kemudian hari?

Berikut kami kongsikan antara lima langkah untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat. 

1. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat

Nak Buat Keputusan Yang Tepat? Ikuti 5 Langkah Ini

Sebelum anda membuat sebarang keputusan, pastikan anda buat carian dan kumpul sebanyak mungkin maklumat yang anda perlukan. 

Pastikan maklumat tersebut disokong oleh fakta dan dan sumber yang boleh dipercayai dan bukan sekadar pendapat individu. 

Dengan cara ini, ia akan membantu anda mengurangakan ketidakpastian atau perasaan ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Anda boleh membuat keputusan yang terbaik daripada pilihan yang terbaik.

2. Buat keputusan apabila anda sedang fokus dan dalam keadaan tenang

Jangan sesekali membuat keputusan apabila anda sedang berada dalam keadaan keliru, marah dan tidak tenang. Menurut Dr. Jeremy Nicholson, seorang ahli psikologi sosial dan personaliti, beliau menyatakan bahawa waktu terbaik untuk membuat keputusan yang besar dan penting adalah apabila seseorang individu sedang dalam keadaan relaks, fokus dan bertenaga.

Ini kerana, pemikiran yang kompleks memerlukan motivasi, perhatian dan juga kawalan diri yang baik. Apabila minda anda sedang serabut, fikiran akan menjadi sukar untuk fokus kerana tubuh fizikal anda dalam keadaan letih.

3. Letakkan diri di posisi orang lain

Menurut Jurnal Sains Psikologi, apabila seseorang individu itu boleh meletakkan diri mereka dalam posisi orang lain, kecenderungan untuk membuat keputusan atau pilihan yang salah akan berkurang.

4. Senaraikan kesan positif dan negatif yang bakal diterima

Setiap keputusan yang dibuat pastinya ada baik dan buruknya. Sekiranya anda keliru yang mana satu untuk dipilih antara beberapa pilihan yang anda rasa baik, anda boleh cuba cara ini.

Tulis senarai positif dan negatif yang anda akan dapat dalam setiap pilihan keputusan yang akan dibuat.

Kemudian, cuba bandingkan yang mana satu membawa kesan positif yang lebih banyak. Jika anda telah menemuinya, maka anda boleh ketepikan pilihan lain, terutamanya yang mempunyai kesan positif yang minimum.

5. Berfikiran terbuka dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi

Nak Buat Keputusan Yang Tepat? Ikuti 5 Langkah Ini

Walau apa jua keputusan yang anda pilih, anda perlu berfikiran terbuka kepada sebarang kemungkinan, walaupun terhadap perkara yang anda tidak suka.

Dengan mengamalkan sikap terbuka terhadap semua kemungkinan, anda akan mengelakkan diri daripada membuat keputusan berdasarkan keseronokan dalam jangka masa pendek tetapi ternyata memberikan kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Semoga perkongsian kami ini membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat.

Bacaan lain: 5 Ciri Anda Seorang Wanita Yang Hebat

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *