Jerebu Kembali Mengganas! Ini 10 Langkah Untuk Hadapi Musim Jerebu

Jerebu Kembali Mengganas! Ini 10 Langkah Untuk Hadapi Musim Jerebu

Posted by

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara menjadi tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan di merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk terutama kepada individu yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakitĀ  jantung dan jugaĀ  mereka yang sensitif kepada habuk, termasukĀ  juga mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kemungkinan kesan jerebu terhadap kesihatan adalah:

  • Kesukaran untuk bernafas/sesak nafas
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Serangan jantung
  • Gatalā€“gatal pada mata
  • Gatalā€“gatal pada kulit
  • Gatalā€“gatal pada tekak
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan

Berikut kami kongsikan 10 langkah untuk hadapi musim jerebu bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan anda.

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah

Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan agar tidak terdedah kepada jerebu. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan juga dinasihatkan agar ditangguhkan terlebih dahulu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Ini kerana, ketika menjalankan aktiviti fizikal, kadar pernafasan akan meningkat dan ini akan menyebabkan jumlah udara yang disedut bertambah, berbanding semasa rehat. Bermakna, jumlah udara tercemar akan lebih banyak disedutĀ  masuk ke dalam sistem pernafasan.

2. Pakai topeng muka

Jerebu Kembali Mengganas! Ini 10 Langkah Untuk Hadapi Musim Jerebu

Pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah atau bangunan penting untuk pastikan udara yang dihirup adalah bertapis. Topeng muka dapat melindungi anda daripada menghirup udara kotor secara terus yang akan memberi kesan kepada paru-paru.

3. Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar dapat membantu menghidratkan semula badan.Ā 

4. Pakai alat pendingin hawa/penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi

Duduk di rumah dan pastikan tingkap rumah sentiasa ditutup. Untuk anda yangĀ  berkemampuan, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

5. Pantau Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Orang ramai disarankan untuk mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU (Indeks Pencemaran Udara) di lokaliti masing-masing dengan melayari portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

6. Kerap basuh tangan/muka

Anda juga disarakan supaya sentiasa membasuh tangan/muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

8. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

9. Awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 14 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada pukul 12 tengah hari semalam.Ā 

Kualiti udara dalam negara setakat hari ini didapati masih merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang musibah yang boleh membawa kepada masalah kesihatan dan mengancam nyawa.

Bacaan lain: Tindakan Kerajaan Malaysia Tangani Jerebu

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *