‘Job Description Template’ Chef Pastri

‘Job Description Template’ Chef Pastri

Posted by

Chef Pastri atau Pastry Chef bertanggungjawab untuk mencipta pelbagai jenis pencuci mulut termasuk pastri, biskut, kuih-muih dan lain-lain. 

Job description template untuk Chef Pastri ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Chef Pastri yang bertanggungjawab menghasilkan pencuci mulut dan pastri yang sedap untuk kedai kami. Untuk berjaya dalam jawatan ini, anda mesti mahir dalam seni kulinari dan mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Chef Pastri termasuklah:

  • Membuat pelbagai jenis hidangan pastri seperti kek, biskut, tart, roti dll. mengikut resipi lama dan moden
  • Membuat pencuci mulut
  • Memiliki kebolehan untuk menghias pastri menggunakan pelbagai icing, glazes dan bahan lain untuk memastikan ia cantik dan menarik perhatian
  • Memantau stok bahan-bahan untuk baking seperti tepung, gula dan lain-lain dan buat pesanan sekiranya diperlukan
  • Cross check sama ada bahan dan peralatan yang digunakan berkualiti atau tidak
  • Memastikan stesen memasak sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur
  • Membuat penyelidikan (research) tentang resipi baharu 

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Chef Pastri, pembuat roti atau peranan yang berkaitan
  • Seorang yang kreatif dan terperinci
  • Mempunyai kemahiran untuk memimpin
  • Kesediaan untuk menambah pengetahuan 
  • Pengetahuan mendalam tentang prinsip sanitasi, penyediaan makanan dan teknik yang berkaitan dan bidang pastri
  • Pengetahuan tentang bahan-bahan untuk membuat pastri
  • Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Sijil dalam seni kulinari, pembuatan pastri atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Chef Pastri?

Purata gaji bulanan untuk Chef Pastri adalah antara RM 2,300 hingga RM 4,100.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Chef Pastri ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *