‘Job Description Template’ Sonographer

‘Job Description Template’ Sonographer

Posted by

Sonographer adalah individu yang menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi untuk mencipta imej organ dan tisu yang boleh digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis atau memantau pelbagai keadaan.

Job description template untuk Sonographer ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Sonographer yang berdedikasi untuk membantu doktor kami mendiagnosis dan memantau pelbagai keadaan seperti kehamilan dan penyakit-penyakit lain seperti kanser. Sonographer akan bekerja secara langsung dengan pesakit dan menggunakan peralatan sonografi untuk merakam imej pergerakan, bentuk dan komposisi darah, organ, tisu serta melihat janin.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Sonographer termasuklah:

  • Menjelaskan prosedur sonografi kepada pesakit, menjawab soalan, menyapu gel pada kulit pesakit sebelum prosedur
  • Memastikan imej mucnul dengan jelas untuk tujuan diagnostik dan membuat pelarasan pada peralatan sonografi sekiranya perlu
  • Memilih tetapan yang sesuai dan menyesuaikan kedudukan pesakit
  • Memantau dan menjaga pesakit untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka semasa prosedur
  • Memilih dan memeriksa imej, mencari perbezaan antara kawasan yang sihat dan patologi
  • Membentangkan sonogram dan penemuan awal kepada Pakar Perubatan
  • Melengkapkan dokumentasi  dan rekod perubatan pesakit
  • Menyelenggara dan membersihkan peralatan sonografi
  • Menjalankan prosedur perubatan, seperti memberi oksigen, mengambil tanda-tanda vital, dan memberi rawatan kecemasan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja yang sebagai Sonographer atau peranan yang berkaitan
  • Kemahiran teknikal, komunikasi, interpersonal dan perkhidmatan pesakit yang baik
  • Keupayaan untuk menerangkan istilah teknikal dengan cara yang jelas dan boleh difahami
  • Kemahiran analisis, pertimbangan dan membuat keputusan yang kuat
  • Pendidikan yang berkaitan sebagai Sonographer

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Sonographer?

Purata gaji bulanan untuk Sonographer adalah antara RM 2,900 hingga RM 4,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Sonographer ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *