10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Di Tempat Kerja

10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Di Tempat Kerja

Posted by

Kajian menunjukkan terdapat sesetengah pekerja yang skip waktu rehat/makan tengah hari kerana terlalu sibuk dengan tugasan (task) di tempat kerja. Ia bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan malah menunjukkan betapa teruknya anda menguruskan masa di tempat kerja.

Berikut kami kongsikan 10 tips waktu rehat/waktu makan tengah hari untuk tingkatkan produktiviti anda di tempat kerja.

1. Jangn skip waktu rehat/waktu makan tengah hari 

10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Anda Di Tempat Kerja

Waktu rehat/waktu makan tengah hari adalah sangat  penting untuk anda kekalkan tenaga dan bersedia untuk bebanan kerja pada waktu petang.

Sekiranya anda skip waktu rehat/waktu makan tengah hari, ia akan menyebabkan anda terdedah kepada kabut otak (brain fog) dan menjadikan anda tidak produktif.

2. Lakukan sedikit regangan/senaman

Duduk di meja kerja sepanjang hari boleh menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan diabetes jenis 2

Jadi, pada waktu rehat, apa kata anda cuba untuk lakukan sedikit regangan/senaman kardio kerana ia akan membantu meningkatkan metabolisme dan memastikan anda fokus dengan kerja. Selain itu, ia juga akan membantu menyegarkan otak dan badan anda.

3. Ambil masa untuk bernafas

Apabila anda stres atau tertekan di tempat kerja, pastinya pernafasan anda akan terganggu. 

Ini menyebabkan organ anda memerlukan lebih banyak oksigen untuk membantu menjalani hari-hari anda. Anda boleh cuba untuk lakukan senaman pernafasan selama beberapa minit untuk merehatkan minda dan badan anda. Ini boleh membantu menangkan fikiran dan membantu untuk kekal fokus apabila anda kembali bekerja.

4. Tenangkan fikiran anda

Pada waktu rehat/waktu makan tengah hari, anda boleh cuba untuk tulis jurnal yang terbukti dapat mengurangkan kerisauan atau overthinking akibat kerja. 

Ini boleh membantu anda untuk mengendalikan lebihan tugas dengan mood dan tenaga yang lebih positif.

5. Beri tumpuan kepada perkara yang tidak berkaitan dengan kerja

Gunakan waktu rehat/waktu makan tengah hari anda untuk memberi tumpuan kepada perkara yang tidak berkaitan dengan kerja. Ia membantu untuk merehatkan otak anda daripada stres/tekanan akibat beban kerja. 

Ini boleh membuatkan anda berasa lebih bertenaga, produktif dan bersedia untuk menyelesaikan tugasan apabila anda kembali ke meja anda. 

6. Bersosial dan bina networking

10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Di Tempat Kerja

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bergaul/bersosial dengan rakan sekerja akan menjadi lebih produktif dan bersemangat.

Anda boleh cuba untuk makan tengah hari bersamaa rakan sekerja dan pada masa yang sama bina networking dengan mereka.

7. Manfaatkan masa anda dengan mendengar podcast atau membaca buku

Mendengar podcast atau membaca buku semasa waktu rehat boleh membantu menenangkan fikiran anda daripada tekanan di tempat kerja. 

Ia juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kemahiran atau melatih diri untuk menjadi seorang yang lebih baik. 

8. Jauhi meja kerja anda

Makan tengah hari di meja kerja adalah sesuatu yang sangat tidak produktif. 

Jauhi meja kerja anda dan lihat perkara dari perspektif yang berbeza. Anda boleh cuba untuk makan tengah hari di kawasan lapang atau kawasan kehijauan. 

Hirup udara segar dan biarkan ia mengalir di dalam badan dan anda akan mendapati diri anda berasa segar dan dalam mood yang lebih baik.

9. Lakukan penjagaan diri

Anda telah bekerja keras dan anda berhak untuk dapat me time selama satu jam ketika waktu rehat/waktu makan tengah hari dengan melakukan apa sahaja yang anda suka.

Penting untuk menghargai diri dan menikmati perkara-perkara kecil yang berada di sekeliling anda. 

10. Tidur siang (Power nap)

10 Tips Waktu Rehat Untuk Tingkatkan Produktiviti Anda Di Tempat Kerja

Tidur siang atau power nap di tempat kerja mungkin kedengaran tidak profesional, tetapi tidur siang selama 10–20 minit boleh membantu mencerdaskan otak dan badan anda. 

Ia boleh meningkatkan kecerdasan otak anda hampir sama seperti tidur sepanjang malam. Individu yang tidur siang mempunyai mood yang lebih baik dan tahap kekecewaan yang lebih rendah daripada mereka yang tidak tidur siang.

Artikel berkaitan: Kebaikan ‘Power Nap’ Yang Anda Patut Tahu

Waktu rehat/waktu makan tengah hari adalah perkara yang penting dalam hari bekerja anda. Ambil sedikit masa untuk berehat dan selesaikan perkara lain selain kerja. 

Sama ada anda bekerja dari rumah atau di pejabat, setibanya waktu rehat/waktu makan tengah hari, jauhkan diri dari meja kerja dan cuba libatkan diri dalam aktiviti yang merehatkan otak dan badan anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *