‘Job Description Template’ Team Leader

‘Job Description Template’ Team Leader

Posted by

Team Leader adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengetuai, memantau dan menyelia sekumpulan pekerja untuk mencapai matlamat syarikat/organisasi. Team Leader akan memotivasi dan memberi inspirasi kepada team dengan mewujudkan persekitaran yang positif dan menunjukkan contoh yang baik.

Job description template untuk Team Leader ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Team Leader untuk menguruskan team kami dan memberikan bimbingan yang sepatutnya. Anda akan bertanggungjawab untuk menyelia, mengurus dan memotivasikan ahli pasukan pada setiap hari.

Sebagai Team Leader, anda akan menjadi titik hubung untuk semua ahli pasukan, jadi kemahiran komunikasi anda perlulah cemerlang. Anda juga perlu bertindak secara proaktif untuk memastikan operasi team yang lancar dan team dapat bekerjasama dengan baik.

Anda juga perlu menunjukkan contoh yang baik dan melibatkan team untuk mencapai matlamat syarikat.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Team Leader termasuklah:

  • Menguruskan aktiviti harian pasukan (team)
  • Memotivasikan team untuk mencapai matlamat organisasi
  • Membangunkan dan melaksanakan garis masa (timeline) untuk mencapai target
  • Mengagihkan tugas kepada ahli pasukan
  • Menjalankan latihan sesama team untuk memaksimumkan potensi mereka
  • Memperkasakan ahli pasukan dengan kemahiran yang sewajarnya untuk meningkatkan keyakinan, pengetahuan dan kemahiran komunikasi mereka
  • Menjalankan semakan prestasi suku tahunan (quarterly performance review)
  • Menyumbang kepada pertumbuhan syarikat melalui team yang berjaya
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang menyenangkan yang memberi inspirasi kepada team

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Team Leader atau Penyelia
  • Pengetahuan mendalam tentang performance metrics
  • Memiliki kemahiran PC yang baik, terutamanya MS Excel
  • Memiliki kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik
  • Mempunyai kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang baik
  • Bijak membuat keputusan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan atau pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Team Leader?

Purata gaji bulanan untuk Sonographer adalah antara RM 4,250 hingga RM 6,750.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Team Leader ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *