Overpaid Atau Underpaid: 7 Aplikasi Ini Boleh Bantu Semak Purata Gaji Anda

Overpaid Atau Underpaid: 7 Aplikasi Ini Boleh Bantu Semak Purata Gaji Anda

Posted by

Adakah anda ingin tahu pekerjaan anda sekarang ini overpaid atau underpaid?

Jangan risau! Anda tidak perlu buat pengiraan secara manual kerana terdapat banyak aplikasi yang boleh bantu anda. 

Berikut kami kongsikan tujuh aplikasi untuk semak purata gaji anda. Ia tersedia secara dalam talian atau boleh juga dimuat turun ke peranti telefon pintar anda untuk penggunaan yang lebih cepat dan mudah.

1. Jobstreet Salary Calculator

JobStreet mempunyai kalkulator gaji yang boleh mengira gaji anda dengan mudah dan cepat. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan gaji bulanan anda dan pilih peratusan caruman KWSP anda. Kemudian anda akan lihat pecahan potongan daripada gaji anda.

Terdapat graf bar berwarna untuk pecahan yang lebih jelas!

Cuba secara percuma di sini.

2. Salarycal – Salary Calculator Malaysia

Salarycal adalah salah satu peranti Android yang membolehkan anda mengira gaji dengan turut menolak perbelanjaan bulanan anda yang lain seperti pinjaman dan bil kad kredit. 

Masukkan gaji bulanan asas anda, bonus bulanan, pilih peratusan caruman KWSP anda, dan enable EIS dan Potongan Cukai Bulanan (PBC). Kemudian, ia akan tunjukkan gaji bersih anda melalui laporan carta pai.

Tersedia untuk Android sahaja.

3. Payroll.my

Laman web ini adalah kalkulator online untuk mengira cukai pendapatan bulanan, KWSP, PERKESO dan EIS. Anda juga boleh memasukkan maklumat khusus di bawah Pilihan Gaji seperti Kategori Cukai, Cukai Penduduk (Tax Residency), Pengiraan Keutamaan (Calculation Preference) antara Gaji dan Bonus, dan Dana Zakat Muslim (Zakat Muslim Fund).

Tersedia secara dalam talian.

4. Talenox

Laman web ini akan membantu anda sekiranya anda memerlukan pengiraan gaji bersih yang merangkumi pelepasan cukai untuk anak-anak anda, perbelanjaan perubatan, yuran sekolah dan insurans premium. 

Anda boleh masukkan alamat e-mel untuk ketahui keputusannya dalam fail berbentuk Excel.

Tersedia secara dalam talian.

5. Simple PBC Calculator

Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk pengguna iOS yang memerlukan pengiraan cukai pendapatan dengan cepat dan mudah. 

Anda boleh masukkan gaji bulanan atau tahunan, elaun dan bonus anda dan ia akan tunjukkan keputusan dengan potongan serta laporan cukai dan pendapatan tahunan anda. 

Kadar cukai pendapatan (income tax rate) tersedia sekiranya anda perlukan rujukan untuk peratusan cukai bagi setiap julat pendapatan.

Tersedia untuk iOS.

6. iMoney Malaysia

Ini adalah laman web lain yang boleh anda gunakan untuk pengiraan cukai pendapatan anda. 

Aplikasi ini mempunyai tiga bahagian khusus yang boleh anda isi. 

Bahagian pertama merangkumi pendapatan kasar tahunan anda dan maklumat penting keluarga, bahagian kedua adalah untuk perbelanjaan berbayar, dan yang terakhir adalah untuk pembelian lain, sumbangan, dan pembayaran zakat. 

Keputusannya akan mempunyai perbandingan anggaran cukai pendapatan anda untuk tahun semasa dan sebelumnya, potongan cukai, taxable income dan jumlah cukai yang perlu anda bayar. 

Laman web ini juga menyediakan maklumat penting tentang cukai pendapatan di Malaysia.

Tersedia secara dalam talian.

7. SaverAsia

SaverAsia membantu anda untuk mengetahui jumlah yang anda akan terima sekiranya kerja lebih masa. Anda hanya perlu masukkan gaji basic anda, tempoh bayaran dan bilangan jam bekerja lebih masa.

Tersedia secara dalam talian.

Kesimpulannya, tujuh aplikasi ini adalah alat yang hebat untuk menganggarkan gaji bersih yang anda akan dapat.

Aplikasi ini hanya memerlukan beberapa klik sahaja dan ia juga menyediakan cara yang lebih mudah untuk mengetahui nilai anda dalam pasaran kerja hari ini.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Sumber: JobStreet

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *